Padah Tak Dengar Cakap

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Today aku nak paksa kau baca jadah entry blog aku! Sapa tah yang nak baca. Macam ade orang nak baca je kan. Hurmmmmm, sedih! Banyak pengajaran. Errrrr, mungkin hahaha. Oke, bila cakap pasal "Padah Tak Dengar Cakap" ni dah konfem lah cakap mak bapak kan??? Tak kan pakwe/makwe pulak. Lagi pon memang lah aku ni tak ade ape tu yang kau panggil tu pakwe haaa! Dah terang lagi bersuluh lah yang aku ni takde. Single oke single *promete diri kejap, oppssss aku limited oke*. If cakap mak bapak kau pon kau tak nak dengar so automatik tak payah ade pakwe/makwe, kalau ade kau campak je kat kawah buad dodol! Sebab kang tak memasal kau jadi batu sebab kene sumpah, jadi iPhone ke, Tab ke, Lappy ke, Motor LC ke, Kereta ke tak pe jugak. Ni jadi batu tak de guna tau tak de guna! Kalau campak kat laut pon belom tentu penunggu laut tu nak terima kau. So, sesia lah kau hidup kalau tak nak dengar cakap mak bapak kau! Baik kau godai je lah! Tapi mati sebab bunuh diri lagi lah tak aman. Errr, kau teruskan je lah hidup macam biasa! Lantak kau lah nak dengar tak! Kalau orang dah nak nasihat sampai teberak berak pon kau tak nak dengar sebab hati kau tu keras bak batu ape pon aku tak tau dia punya bapak keras sampai tak boleh nak terima nasihat orang! Eeeee, geram akuuuu! hahaha. Campak kau kat mulut gunung berapi nak??? *acah acah gangsterkan, takut tak???*. Alaaa, lagi pon kalau kau tak dengar cakap mak bapak kau derhaka tau tak derhaka haaa! Dosa tau dosa! Pastu nanti kat akhirat kene humban dalam neraka. Nak kene humban dalam neraka haaa nak???? Kat neraka tu panasss! *ecewahh, macamlah yang baca ni budak sekolah tadika or orang tak takde otak yang tak boleh nak pikir dengan sempurna*.

Tengok! Dia dengar je cakap mak dia. Sejuk perut aku kalau dia anak aku *amboi tinggi melangit cecita aku nih*

Sebab dah terjadi kat guwa! Banyak kali dah sebenarnya tapi baru kejadian kali ni aku terbukak pintu pagar hati nurani aku ni nak share dengan kau pulak kan. Nak harapkan aku jumpa kau sensorang pastu nak  ceghita pengalaman aku ni memang malas dia dah tahap profesor madya dah! Maka dengan itu, di zaman milinium yang pesat lagi membangun ini *pergh! cikgu BM mesti bangga dengan aku ni* aku pon ambik jalan mudah share kat blog je. Sharing is caring hahaha *rasanya tak perlu kot aku berpendahuluan ni sampai dua perenggan, mampuih kang kene hambat dengan cikgu cikgu BM aku*.

Actually petang tadi time masa *dah bahasa english, lagi mau bahasa melayu lagi. bahasa jiwa bangsa* aku tengah tido. I get a new message from my lovely dear friend Atikah Syahira *kawan yg baik siap nyatakan nama lagi*. Kau tau message apa??? Message kosong key kosong! Bingitlah jugak aku tengah tidur dibuai dihayun mimpi tetiba msj kosong yang masuk. Lastly aku baru teringat yang aku dah cakap kat dia nak mai rumah dia pukol5. Tapi pukol 4.40 aku masih tido, oke salah aku key salah aku hahaha sorry bebeh! Nasib baik dia kejut kalau tak. Tak ke esok baru aku bangun! *rasanya aku tak perlu ceghita part yang ni pon tak pe kot*.

Dengar cakap mak bapak key!


Before aku nak keluar tu cik puan ibu dengan encik ayah dah cakap "bawak helmet tu". Tapi dek kerana kemalasan aku nak turon motor tu malas tahan dewa dewi! Maka aku jerit je sambil jalan "orang lalu jalan dalam lah. Kbai" *kalau ada kucing lalu konfem dia dah langgar aku bagi terbarai otak punya akibat tak dengar cakap*.

Aku pon teruskan perjalanan aku terus ke rumah sahabatku *ecewahh ayat mintak pelempang lelaju* tapi time masa nak melintas jalan ghaya tu! Kereta, moto, lori semua ada lalu! Omaigod! Jammed!!! What the hell! Nasib baik aku sabar menunggu kalau tak konfem dah lama kene henyak kereta dan lori bagai! Dah la aku tak bawak kepala (helmet) aku. Makan masa dalam berminit minit jugak lah *macam bertahun nau*. Tapi disebabkan aku ni tak berapa nak ketinggian so, erkhhhhh! Benci key benci berenti lelama!

Lepas tu, nak masuk area area rumah dia sambil sambillah aku nyanyi lagu apa tah yang lirik dia "hey baby give me one more night... bla.. bla.. bla..." boleh hujan pulak! Oke, aku dah mula menyesal sebab tak dengar cakap! Cuba kalau aku bawak kepala aku tadi takdelah muka aku yang comel *perasan* ni basah dek hujan. Dah make-up aku tu habis kene air hujan *macam make-up bagai je tadi*. Tapi sokeylah sebab aku selamat sampai rumah dia! hehehe. Lepas aku berehkan segala hal dengan cik sahabat, guwa pon ambik keputusan nak balik! Then, guwa baliklah *aku rasa yang ni tak perlu bagitau yang aku baliklah*.

Dalam perjalanan balik tu hujan lagi key hujan lagi! Mungkin jugak sebab tadi aku nyanyi tu dalam lirik tu "give me one more" sebab tu hujan lagi. Okelah tak kisah sangat. Tapi yang aku kesahnya kat situ hujan tapi jalan nak masuk rumah aku tu tak hujan! Sekali lagi what the hell! Segan tak segan lah kan orang tengok. Mampuh mu ah! Janji guwa sampai ghumahku syurgaku! Tapi kejap hujan kejap tak! takpelah janji sampai.

Barulah boleh jadi keluarga bahagia kalau saling menghormati, dengar kata.


Akhirnya aku selamat sampai rumah. Aku balik terus aku peluk cium kaki cik puan ibu dengan encik ayah *nampak sangat aku gebang*. Aku balik je masuk rumah terus tuka baju bagai pastu aku hadap sensorang laksa johor! Rupanya ada hikmah disebalik kejadia kejadian sadis yang menimpa aku harini *hikmah lah sangat. laksa je kot*. Kesimpulannya *mampuh aku kene sodok dengan tayar motor dengan cikgu BM sebab dah ade 'akhirnya' nak ade 'kesimpulannya' lagi* better kau dengar je mak bapak kau. Dia tau apa yang terbaik untuk kau! Ni baru sikit je aku cegita yang aku kene belom lagi yang..... oke bye *melarikan diri dari cerita*.

ENTRY LAYANG BUAT KEKASIH MASA DEPAN

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Memandangkan harini mood aku stabil, baik dan ditambah pulak dengan kerajinan yang sangat mendalam lagi meninggi ni aku ingat apa salahnyakan aku buad entry layang untuk kekasih masa depan. Cewahhh, padahal! Calon pon takde hahaha #TeamSingle lah katakan. Tapi bak kata mat saleh "Single is not a status. It's a word that describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others." So, erti kata lain guwa nak cakap yang guwa ni kuat, tabah, enjoy guwa punya life even tak de couple. Hahaha. Of course i am! Tapi memandangkan cik puan ibu telah memberi lampu hijau untuk mencari someone dan walaupun hati aku keras berkata tak nak lagi sebab guwa tak nak hati guwa jadi hancur lebur terbarai! So, guwa putuskan nak terus men+single. Happy what status single ni! Banyak kebaikan dari keburukan. Aku tengok couple ni tak de lah happy nau! Tapi aku hope kau kau kau! Bahagialah dengan pilihan kau! Oke??? Senyum sikit :) Atototo comel crazy nak die lah kau senyum cenggitu! Sini aku tampor sikit! About entry harini actually memula aku nak buad "Surat Layang Buat Kekasih Masa Depan" tapi sebab sekarang dah tak pakai jadah surat tu lagikan??? So, aku tukar jadik "Entry Layang Buat Kekasih Masa Depan" omaigod! Modennyaaaa! Entry ni hanya sekadar renungan sahaja!

Dear My Future Lover
Handsome tak future lover aku. Future lover lah sangat!

Saya harap awak ade beberapa perkara ni. Even akan ada orang yang cakap "jangan letak krekter pada dia, nanti dia pulak letak kerekter kat kita". Ahhh! Dulik hape aku! Nak jugak nak jugak!

#1.Matang
Of courselah aku nak yang matang dari segi usia (sebaya dan sehingga 5tahun keatas). Pada aku umur yang matang akan ada sikap, pemikiran dan segalanya matang. Seiring dengan usia. Mereka akan lebih komitmen dalam menjalinkan hubungan berbanding dengan usia yang pada aku tak matang. Mereka akan lebih nak enjoy dalam hubungan. Errr, macam yang orang wanita yang bijak selalu cakap *wanita bijak mana yang cakap tatau* "I want a man not a boy. Cause my heart not a toy". Sebab yang matang ni jugak lah boleh bimbing aku dari segi tingkah laku dan akhlak aku *perghh, lepas ni boleh jadi calon cg agama*. Aku harap kau mampu bawak aku kejalan yang sepatutnya, kau mampu untuk mengubah apa yang salah dengan cara yang betollah! Sebab guwa memang tak suka orang kasar dengan guwa lelagi dari segi percakapan! Sekali kau kasar dengan aku even alasan kau bla bla bla... Godai lah kau! Guwa tak hadap pon setakat muka boleh jumpa tepi jalan! Oke??? Take a note babe! Tapi kalau memang jodoh, hope kau matang dari segi sikap, pemikiran dan segala tingkah laku.

#2.Penampilan
Aku suka orang yang sentiasa berpenampilan kemas. Tak kesah lah siapa pon kau, yang penting kemas dalam berpakaian, dan ada sahsiah rupa diri *ecewahh, gitu dah macam kat uitm kalau tak ikut sahsiah rupa diri kene saman* mean dari hujung rambut sampai nun hujung kuku kaki jari kelingking kau tu kene sentiasa jaga! If bende simple cam ni pon tak boleh buad kau lupakanlah hasrat nak usya aku! Rupa paras??? Hurmmm, itu jugak penting. Aku tak kesah kau hodoh kat mata orang lain asalkan kat mata aku kau handsome! Hehehe. Macam mana nak tau kau hensem kat mata aku??? Manalah aku tau! Tanyalah mata aku!

#3.Kepercayaan
Kepercayaan yang ada antara each other tu penting sangat. Ni kalau guwa ade kawan lelaki then terus tukar kerjaya yang kau ada jadi pengintip or jadi polis yang macam dah soal siasat penjenayah! Erkhhh, rimas key rimas! Tolong percaya if aku kata aku hanya berkawan. Sebab aku tak sukakan lelaki yang terlebih cemburu dan mengongkong! Oke maybe akan ada yang cakap "Aik, takkan couple sendiri tak boleh nak kongkong, tak boleh nak jealous". Weyh! Kalau dah batak sangat kongkong awek! Baik kau gari je dia, pastu kau humban je dia dalam kandang ke sangkar ke reban pon boleh diguna pakailah. Yang kau boleh tengok setiap 24JAM!!! Kesimpulannya percaya tu penting. So, tak payahlah nak get jealous lelebih sangat kan. Aku hempok kau pakai batang kayu mop yang ada kat rumah Adam Lambert baru tau!

#4.Setia
Lepas dah ada percaya each other kenelah setia. Jangan kau dah dapat aku punya percaya pastu kau campak aku punya percaya tu tah kemana then kau pegi berjimba pulak dengan pempuan lain! Memang naya kau aku kejekan nanti! Yep, maybe tangan aku tak mampu nak sakiti kau tapi ingat tangan wanita mampu mengoncang duniawi *ecceeewahhh, ayat novel dah keluar*. Betol ke naya??? Tak caya kau boleh tanya sama orang yang dah kene dengan aku! Mesti diorang akan cakap "Aku rela terjun bangunan tingkat 18 belas dari naya kat tangan dia. Seksa wooo!". Kejamkan aku?? Kejamkan aku???. Ahhh! Kau lagi kejam! If kau rasa tak mampu setia kita kawan je dan tak akan pegi jauh selain dari kawan.

#5.Pelindung & Pencinta
Aku nak someone yang mampu lindungi aku dan cintai aku every time. Malah aku harap kau mampu untuk jadi Sinichi Kudo yang sentiasa ada disamping Ran Mouri walaupun tanpa disedari *pengaruh kartun banyak*. Sinichi Kudo sentiasa melindugi dan mencintai Ran Mouri walaupun sebagai Conan Edogawa. Mampu tak jadi macam tu??? Act aku tak paksa kau jadi macam tu, cukup kau jadi diri kau tapi tetap ada disamping aku selalu terutama bila aku perlukan orang yang aku sayang. Aku jugak harap kau mampu cintai aku apa adanya *omaigod! gila jiwang nak meninggal*. Senang ceghita cam ni lah "Kau sayang, aku pon sayang. Kau cinta, aku pon cinta. Kau rindu, aku pon rindu. Tapi sekali kau curang, seribu kali aku bagi balik curang tu kat kau" fairkan??? Easykan honey nak paham! So, pilihan ada kat tangan anda. Cewahhh gitu pulak. hahaha.


Meltingkan??? Melting ohhh!

Nampaknya, tu je ciri-ciri asas yang aku perlukan untuk kekasih masa depan aku yang menerima entry layang ni. Tak kesah lah kau jumpa kat mana, tah kat tepi jamban time kau melepaskan hajat ke. Ye la, namanya je layang. Ikut suka dialah mana dia nak melayangkan. Akhir sekali, salam sayang dari aku! Kalau kau orangnya! Jaga aku dengan baik key! Jangan sekali kau sakiti hati aku, sebab bila sekali aku cakap "NO" maknanya selamanya akan jadi "NO".

Yang ikhlas lagi tulus mencintai dari
Kekasih masa depan.

Jun-Okt 2012 Always In Memory (Part2)

0 luahan perasaan tentang entry saya
ASSALAMUALAIKUM.
Jangan kau tanya kenapa aku rakus kalau makan lelagi kalau hantu aku dah panggil! Takut tak??? Takut tak??? hehehe. Cuma ada masanya aku tak serakus ni.

Hey helluww bertemu lagi kita dalam rancangan... bla... bla... bla... *ala-ala pengacara hiburan gitu*. Actually entry kali ni ada kaitan dengan entry yang lepas. Kira lebih kurang macam ceghita drama "ASMARA" tu la kan ada Part 1 & 2. So, aku nak jugak ah. Bohong kalau kau cakap kau tak pernah tau ceghita Asmara ni! Aku flush muka kau yang cantik lagi hensem tu kat dalam lubang jamban Justin Terbalik kang! Oke, before aku kene terajang secara berjemaah dengan korang better aku ceghita apa yang tersumbat, tersemat, dan apa yang ada dalam hati aku yang berkaitan dengan entry.

Firstly pasal akak cute ni.

#Siti Hajar
Akak ni sem ni dia last sem dah. Dia the one yang ajar aku math time pra-diploma. Thanks kat akak cute ni sebab dia aku dapat pointer yang aku dapat. Sebab dia aku bukak buku math! Kalau tak hampeh tengok buku, nak nyebut math tu pon aku rasa baby pon boleh kira beghapa kali. Terok kan perangai! hahaha. Rindu akak ni. Rindu nak belaja math dengan dia. 

Akak ni nama dia Nurul Amirah 

#Nurul Amirah
Next person yang ada dalam memori Jun-Okt 2012 is Kak Mira. Susah betol memula tu nak bezekan kak mira dengan kak aja time memula kenal. Erghhh! Yes! Even sorang pakai cermin mata and sorang lagi tak. Lepas tu muka memanglah lain gila. Rindu gila nak lepak sesama dengan akak ni kak mira, kak wawa, kak aja, kak shada, afzan najiha and everyone yang pernah lepak sesama.

Ni Salinah
#Salinah Aizad
Dia ni membe pegi kelas, membe pegi cafe, membe pegi kedai. Dia sangat lah sporting. Dan aku jugak sangat lah rindu nak dengar segala ceghita dia hahaha. Dia manyak ceghita woooo. BTW dia comel right??? See time dia tiup belon tu. Perghhh! Awesome beb!

Oke this one is Cik Cousin
#Hadah Lavender
Act nama dia Syuhadah. Yes! aku mula rapat dengan dia bila aku masuk UiTM Segamat. Kalau tak, nak tegur pon susah hehehe. BTW rindu jugak kat dia. Nak balik naik train sama and everything we do together. Yes! guwa ghindu beb nak tido ghumah tokngah dengan lu Syuhadah! hahaha! Comelkan dia. Tapi walaubagaimanapun *penanda wacana, bangga cikgu BM* aku tetap lagi comel :D

Oke antara orang-orang yang aku rindu time Jun-Okt 2012 dan act banyak lagi kalau nak ceghita tak cukup 3 entry kot aku rasa. 

Comel kan dia ni! Aku dah cakap kau tak caye! hehehe.

JUN-OKT 2012 Dalam Ingatan (Part1)

2 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya... *bersopan santun ala-ala gadis melayu*. Oke firstly aku nak cakap Selamat Tahun baru kat kau, hope tahun ni akan jadi tahun terbaik kau. Secondly, aku nak kau terus baca tak payah banyak cekadak kau nak suruh aku beghucap pepanjang lebar. Kau ingat aku ni yang suka bercakap kat depan dengan dimulai "Berdirinya saya disini...bla...bla...". Aku bukan jenis yang itu. So, tak payah kau nak harap aku beghucap panjang lebar oke???

Detik ini dengan entry yang kau baca tadi "JUN-OKT 2012 dalam ingatan" omaigod!!! What happennnnnn!!! Oke tak kelakar! Actually ni time guwa disumbatkan kat dalam UiTM Segamat yang awesome tu! Memula aku masuk aku rasa macam.... Urghhhhhhh!!! Aku lari keluar pintu pagar lepas tu, ade ke patot pakguard tu kejar aku sampai ke One Segamat. Kami berlari dan terus berlari *ala-ala lagu masihkah kau ingat kita basah bersama... Oke aku tak ingat tajuk dia*. Lepas je pakguard tu dapat tangkap aku dia tendang aku masuk syurga yang dipanggil UiTM Segamat, dia humban aku dalam tu lepas tu dia kunci pintu bagi aku tak jadi pelarian lagi *Kau tengok aku merapu je dah satu perenggan lepas ni kau pakat reramai humban aku dalam rumah candy*.

@Roomate Bilik 129
Comel je kami semua. Aku start ceghita dari kanan yang berbaju kuning.

#Azwa Zainal
Akak ni sangat awesome. Time memula aku jumpa dia perghhh! Guwa cakap sama lu, guwa rasa macam "Alamakkk, dia ni macam hotsetap laaaa, cun. Boleh masuk ke dengan aku ni". Mana taknya, memasuk depan pintu je ade orang tanya "Roomate kak wawa ehh". Yelaa macam satu kolej je kenal akak ni. Segham jugak la time tu. Tapi tak kenal maka tak cintakan??? hahaha. Bukan aku cakap aku cinta dia cuma aku nak sampaikan sebenarnya kalau kau nak tau tentang someone tu kau jgn la judge dia tanpa kau kenal dia. Lepas kenal dia, dia seorang yang baik laa jugak *mata keatas tangan kebahu*. Dia memang awesome. Dia pandai, dapat mark 85 kalau tak silap aku dia boleh cakap "tu yang paling bodoh lah tu". Aku rasa macam nak ambik je otak dia.

#Shada Mohidi
Oke, now akak ni. Time memula aku nampak dia pun aku rasa macam akak yang kat atas ni tadi. dan buat aku berdoa "Hope diorang oke" Dan taraaaaaaaa!!! Memang cool, awesome. Kami karoke bersama tak kira di K-Box atau dalam bilik. Pernah adakan konsert dalam bilik bertiga dengan kak wawa disaat roomate aku lagi sorang melelapkan matanya. Apepon aku rindu akak ni sangat-sangat.

#Afzan Najieha
Ni roomate aku juga kawan aku time Minggu Distinasi Siswa. Dia sorang yang take care pasal kenkawan dia. Something aku nak cakap kat dia "thanks be my friend" juga. 


Bende ni roomate aku Afzan Najieha yang bagi. Suwit gila sawitkan??? Aku bagi dia senyum je :)


@Nur Shazwana Zainal (Akak CC) 
Akak CC yang pakai baju merah tu. Comel jeee.

Akak ni cute gila, cun gila, gila gila hahaha joke je kak. Kau tau ape??? Aku  rasa macam nak tarik-tarik je pipi dia! Sangat comel, baik, and sangat peramah. Aku memang pengguna setia CC terutama waktu malam macam mak bapak aku tak bagi bawak lappy je padahal aku masuk UiTM memang dah dihumban bersama-sama dengan lappy kesayangan lagi dicintai bersama dengan brodband yang dikasihi. If takde brodband sekali pon guwa boleh guna wi5 what. Tapi aku memang "hantu CC" nak buad cemanakan. Aku lebih selasa kat CC. If aku masuk je akak ni memang dah tau lah kat mana tempat peberet aku. Aku akan duduk kat meja nun hujung dunia sana. BTW rindu gila ah kat akak ni. 

@Kawan-kawan Kelas PD002 1F
This bebudak kelas aku. Ada manusia yang takde sebab dia takde time kita orang bergambar. Geram je mana yang takde, aku sumpah kau orang jadi tasik kang. Baru hampa tau.

Mereka semua budak kelas guwa. Tengok-tengok!!! Comelkan comelkan mereka??? Baik kau cakap comel jangan melawan cakap aku. Derhaka kau tau tak! Kenal diorang semua is the best thing in 2012. Hope kami dapat luangkan masa bersama macam gambar kat atas ni. Aku nak ceghita pasal sensorang budak kelas aku. Kang kau tak terbaca. Cukup takat ni, kita pegi yang seterusnya.

Note:: Tak habis lagi guwa nak cerita. Panjang lagi tunggu akan datang *ala-ala drama petang*. Kau khatamkan yang ni dulu.
 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea