PIANO, DIA DAN CINTA

0 luahan perasaan tentang entry saya
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Berbekalkan entry aku today yang kau dok hadap tu tadi "Piano, Dia Dan Cinta". Mesti kau rasa macam alamaaaakkkkk! Dieba nak jejiwang pulak harini! hahaha. Sekali-sekalakan apa salahnya. Aku nak story sikit about love story aku *sambil layan lagu TS-love story*. To gegadis yang baca entry aku yang ni mesti kau pon idamkan lelaki yang kau sayang mainkan kau piano or something else yang kau suka such as violin ke, guitar ke errr, drum maybe. hahaha. Tak kesah laa ape pon mesti cairkannn, hancur lebur weyh! Aku tak tipu! Tak caya, bagi gegadis yang ada couple yang baca entry ni cuba kau paksa boyfie kau buad. Kalau dia tak nak kau ikat dia kat pokok ghambutan bagi semut makan. Tapi kalau memang tahap kemalasan dia dah melanda bagai ribut taufan pakej tsunami tu kau tawakal je lah.

Perempuan mana tak cair right bila orang yang dia sayang buad something yang dia minat selama ni. Orang dalam gambar tiada kaitan.


Act, aku memang ada pengalaman dengan incek piano. Seriously memang sweet gilaaa buaya!!! hahaha. Every night if aku rindu dia aku akan dengar dia main piano yang dia rakam untuk aku or maybe untuk semua teman wanitanyaa *ayat sadis* Aku kenal dia time aku form4 tak silap aku dalam bulan 12 cam tu then couple. Kenal kat FB sepatah kata membe aku tersayang "Kekasih Facebook" kau derhaka dear cakap aku camtu, lepas ni mohon masuk dalam batu belah batu betangkup telungkup hahaha. Masa sebelum couple perghhh! guwa cakap lu ayat manis gila sapa yang ada kencing manis dah kene potong dedua kaki dah. Lepas tu kitorang couple sampai form5 mula keluar alasan phone hilang, kene rampas, FB kene hack dan segala bendelah. Aku percayalah, yelaaaa sebab sayanglah kononnyaa. Sepatah kata cik cousin "nak kekal dalam satu hubungan ni kunci dia PERCAYA". So, konon nak kekal memati aku percaya.

Sampai aku jumpa gamba sapa tah kat FB kene hack dia. Actually sampai sekarang aku tak boleh nak percaya FB tu kene hack even bende tu betol sekali pon sebab makwe dia ade bagitau aku. Tapi time tu aku dah clash dah. Sakit weyh, aku rasa dah banyak kali aku bagi dia peluang if nak cakap pasal peluang. So, aku decide nak clash time bila tah aku pon lupa sebab sejak dia masuk giat bukan setakat jarang-jarang dia contact aku jarak dia. Tapi jarak dia dah macam rumah Adi 6ixth Senth dengan rumah Gerrard Way dah. So, aku decide nak lepaskan dia untuk selamanya bersama "dia" yang bertanggungjawab. Mean lepas ni kita kawan je lah. Tapi tak sangka dia buad bende yang sama kot aku taktau lah. Seriously aku pernah nangis sebab dia time aku kelas dalam dewan masa tu dan aku jugak nangis sebab..... -_-'

Aku suka orang pandai main piano is awesome!!! Kau nak usya aku, kene belaja main piano dulu *ayat diman*.


Bila aku try couple lagi dengan someone who i called him "Mr.Dream". Oke, ni kelakar sebab segala memang punca dari aku. Hari raya pertama dia call aku, aku boleh tanya pasal lelaki lain. Memang cara aku tu mintak kene terajang lelaju dengan yang empunya diri. Tapi lepas kau bicara tentang aku yang tak reti nak..... (dirahsiakan) kau bagai nak kene tendang dengan aku sampai rumah Gerrard Way! hahaha. Yeahhh, aku tak pernah jumpa dia secara langsung tapi pernah terserempak time memakan dengan membe kat kedai. Perasan tak perasan tak aku yang cecomel tu minum air fresh orange gitu hahaha.

One word aku nak cakap kat kau "SORRY"

Lastly aku decide tak nak couple sampailah bila umur aku cukup 20 dan lepas tu serious untuk ke next level *pengaruh game kuat*. Aku ada sebab kenapa??? Tak payah lah kau pepaksa aku nak bagitau kau sampai perlu kau ikat aku kat pokok bagi kerengga makan. Berani kau buad! Meh sini aku campak kau bagi buaya makan!

Note:: Aku harap sesiapa yang berkenaan dengan story aku, tau aku cakap tentang dirinya. Sebab aku tak naklah use nama kau orang malas bila nanti cerita tambah panjang. If kau tak perasan pon tak pe. Ade guwa kesah! hahaha.

TOP5 Sifat Yang Aku Tak Suka Ada Dalam Diri Seseorang

0 luahan perasaan tentang entry saya
ASSALAMUALAIKUM... Today i would talk about... *mesti miss yang ajar aku bell bangga ni* hahaha. Actually hari ni aku terajin nak menghupdate blog aku kan. Dengan berbekalkan entry aku yang kau baca tadi *kes malas nak ulang, pepandai kaulah baca balik kat atas tu je kot*. Aku nak bercakap... Ehh, berkongsi sikitlaa sifat yang ada dalam diri manusia yang mmg aku tak boleh nak pertimbangkan lagi!!! Yang buad aku rasa nak mcm nak gantikan bola keranjang yang diguna pakai untuk main that game dengan kepala the one yang ada sifat yang tersenarai!

Oke! Now Kau cuba bayangkan macam mana kalau aku gantikan kepala the one yg ada sesifat yg bakal aku sebutkan sat lagi. Scary right??? Tak payah kau nak terus cuba bayangkanlah! Kang tak memasal kau kene cherry berry *bahasa sopan bagi cirit birit* pulak nanti.

#Suka Merajuk
Bila kau gegedik merajuk bagai dengan guwa! Aku rasa mcm nak suroh pembuat besi leburkan kepala kau macam bebesi yang dia leburkan demi mencari nafkah keluarga! Sebab aku pun tak suka nak merajuk bagai! Mengada nak merajuk! Meh sini aku tampo kau lelaju sampai kau pon rasa nak terjun gaung!.

#Tak Hormat Parents
Oke speasis ni aku rasa dah boleh sumpah jadi iPhone ke? Lappy ke?? Sumpah jadi wi5 pon oke jugak adelah gunakan. Sebab dari sumpah jadi batu tak de guna! Lempar kat laut je bagus! Bagi yang ada parents tu cubalah hormat sikit parents kau tu. Even hodoh mana pon dia. Dia yang lahirkan kau, carik duit nak bagi kau supaya hidup lebih senang, besarkan kau, sekolahkan kau. Aku rasa tak perlulah kau persoalkan "Apa yang dah aku dapat dari parents aku" lebih kau tanya diri kau, "Apa yang aku dah bagi kat dia orang, cukup ke nak balas semua yang  dia orang dah bagi kat aku???". Perlu ke kau jatuhkan air mata mak bapak kau sebab percakapan kau, perbuatan kau. Aku rasa macam tak perlu kot. Kalau nak suruh aku bahaskan pasal point yg ni mmg kau boleh patah tengkuk cantum balik pastu patah balik laa kau baca pun still tak habis lagi. So, aku ambik keputusan nak ke point yang seterusnya.

#Suka Memaksa
Oke, kalau kau speasis yang ni aku rasa kau dah boleh henyak diri sendiri sampai tercabut tangan kau! If tak  pon kau boleh seret muka kau kat jalan tar tu bagi hancur lebur muka kau! Seriously janganlah kau nak pepaksa aku kalau aku taknak "If I say NO mean NO". Orang yang boleh paksa aku cuma parents tercinta aku je! Keep a note! Kau yang bukan parents aku jangan mimpi nak paksa aku!

#Gila Seks
If kau speasis ni! Aku rasa kau dah boleh duduk dendiam kat dalam tong sampah yang besar tu! Atau kau dah bolehlah flash diri sendiri kat dalam lubang jamban tu! Sebab speasis ni memang tak de guna langsung pun untuk masyarakat!

#Tak Jaga Hati Orang Bila Bercakap
Jenis yang ni dia kalau bercakap tak pernah jaga bahasa atau lebih pendek tak beradab ketika bercakap nak yang lagi pendek biadab ketika bercakap. Hahaha. Speasis ni tak akan pernah fikir perasaan orang! Yang dia fikir cuma diri dia je. Boleh sumbat diri kau dalam peti ais ahh kalau kau jenis yang ni.

Note:: Sila jauhi sifat-sifat diatas oke!

STRESS, DOWN, GIVE UP!!!

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum pembuka bicara. Act aku cuba more serious dalam penulisan blog aku tentang entry aku kali ni. Sebenarnya ade someone *adik angkat* jugak yang mintak supaya kurangkan unsur-unsur tak serious dalam penulisan blog aku. So, untuk Faiez Amirul (bukan nama sebenar) hahaha yang mintak aku lebih serious i'm try tapi untuk entry kali ni je :D kau jangan nak mintak lelebih pulak eh! Akak tendang kau kang masuk gaung!

Oke, memula aku nak tanya kau pernah tak rasa STRESS, lepas tu kau rasa DOWN gile macam kau rasa "KAU NI LOOSER GILE!" Then, kau GIVE UP dengan semua yang kau tengah buad!!! Pernahkan pernahkan??? Dan kita cuba nak elak perasaan tu tapi sebab kita manusia biasa tak akan terlepas dari semua perasaan tu lainlah kalau kau ni burung ke, zirafah ke, gajah jantan ke... Kucing betina pon stress what fikir sapa yang tak bertanggungjawab kat dia lepas tu dia down then dia pon give up dah, malas dah nak pepikir lagi dia pon jaga je anak dalam kandungan dia. Kucing is awesome! If aku bukan penggemar kucing. Tapi kau jangan pulak ikut perangai macam kucing main sapu je! Kau tu kan Allah dah bagi akal suruh fikir jadi fikirlah mana elok mana tak.

Masa tu rupa aku macam ni even ni bukan pict aku.


Firstly aku nak cerita tentang aku rasa semua feeling ni time aku kat UiTM Segamat dalam kolej kat bilik *guwa bagi tempat secara terpeinci right*. Time tu aku rasa macam... Urghhhhhhhh! Ape the hell! Semua aku buad semua tak kene! Aku rasa macam aku ni LOOSER sensangat even aku taktau sebab ape??? Tetiba perasaan tu datang tanpa aku undang pon! Aku cuba carik cara macam mana nak buad aku more lega balik! Aku naik atas katil konon nak tidur... Yelaaa orang kata tidur dapat hilangkan stress *tah sapa kata aku taktau*. Tapi bila aku letak kepala jerr air mata aku terus mengalir. Masa tu memang jangan tegur akulah. Kau kene biarkan aku habiskan nangis dulu sebab kalau kau tegur pun belum tentu apa reaksi aku sama ada aku akan biarkan tanpa memperdulikan kau sama sekali macam kau cakap dengan dinding atau apelah aku pon taktau. Lepastu aku rasa "Hmmmm, tak boleh jadi ni" Aku turon katil aku ambik air wuduk, aku solat zohor :D Then lepas tu aku gtau lah kat membe aku "Weyh aku down gile ahh. Aku rasa macam looser sgt sekarang ni." Then kau tau apa dia reply. Dia reply "Kau pernah rasa kene cekik kat tengkuk tak. Meh sini aku cekik tengkuk kau" *Act aku pon tak ingat sangat macam mana ayat dia. Tapi lebih kurang macam nilah*. Lepastu aku ambik keputusan kuatkan semangat aku, dan aku chill jeee.

Masa tu jugak, ini lah yang aku rasa! Hudoh right??? Dia lah bukan aku hahaha.

Kali kedua aku rasa perasaan ni 1/12/2012. Seriously aku menangis bila ingat balik bende ni. Hari tu semua kenkawan aku dah masuk untuk sem 1 sebab sebelum tu kitorang pre-dip. Bagi yang part1 time sesama dengan aku diorang semua dah masuk jadi part2. Memang salah aku lah kan sebab boleh lupa bende yang penting menyebabkan aku punya kemasukan terpaksa saing batch95. Hari sebelumnya 30/11/12, malam tu aku menangis bagai nak gila! Fuhhh nasib baik tak gila. Hampir 2-3 hari jugak laa aku nangis kurung diri kat dalam bilik. Oke bagi yang nampak aku online facebook, twitter dan yang chat dengan aku nampak aku macam biasa jee. Macam takde pape yang berlaku pon. Ingat satu bende pasal aku "I'll be fake even it's really hurt me". Bagi sesetangah orang je yang aku cerita tentang keadaan aku masa tu. Masa tu aku memang tak bercakap dengan sesapa kat rumah. Act family risau gak, sebab aku tak makan. Adik akulah yang try cakap dengan aku "Nak makan ke tak" Tapi aku akan berdiamkan diri sediam-diamnya. Masa tu aku dah mula fikir nak.... sebab semangat hidup aku memang dah hilang. Aku rasa macam habis musnah impian aku semua. Belom dengan oarang keliling(FL facebook yg tau) aku tanya aku "Kau tak sayang ke, tak menyesal ke" Seolah-olah aku ni takde perasaan. Kejamkan???

Menangislah sebab kenkadag kita akan dapat kebahagian dari tangisan.

Jangan sakiti perasaan orang lain jika kau pernah rasa disakiti.


Dalam hati aku masa tu "Tolonglah kau orang semua nak bunuh aku ke?? Tanya soalan macam ni. Tolonglah selami perasaan aku, faham aku, cuba letak diri kau kat tempat aku. Tak lama aku mintak kau cuba faham aku, tapi sekejap jeee" Kalaulah aku masa tu tak ade iman, kalaulah masa tu aku fikir macam orang tak ade agama pisau yang ada kat dapur tu dah lama singgah kat pergelangan tangan aku. Baru kau semua nampak penyesalan aku??? Baru kau orang semua nampak macam mana aku sayang sebab tertinggal sem??? Korang tak fikir panjang bila bercakap. Kenkadang kenelah jaga hati orang, even dia tak penting pon untuk kau! Aku rasa masa ditanya soalan macam tu, macam nak menitis je air mata aku macam tu. Aku terus masuk bilik, lepaskan semuanya. Memang janganlah kau nak kacau aku time tu, kalau tak nak rasa bercakap dengan pintu bilik aku sebab pintu aku tutup masa tu. Sampai satu pagi tu lecture aku dari Segamat call cakap yang dia nak tolong aku mohonkan. Pagi tu baru aku dapat senyum balik. Petang tu aku dengan ibu tercinta aku pergi fax segala jadah dokumen yang dia nak. Tapi walau macam manapun aku tetap masuk next sem.

Note:: Lebih baik diam dari berkata-kata. Sebab kata-kata mampu membunuh seseorang dengan lebih kejam!

PASANGAN KEMBAR SAMA JANTINA

0 luahan perasaan tentang entry saya
Malam ni, lagi satu malam aku dapat idea untuk mengkarang karangan *habis hancur lebur berkecai terbarai BM aku, kalaulah cikgu BM aku baca ni. Taktaulah nak cakap ape*. Ehhh, kau! Kaulah sapa lagi, tak buad papekan? Sini baca duduk depan lappy kau baca! Jangan asyik nak oppa gangnam jerr. Aku terajang kau kang terus berzapin tau tak? See! Betapa kehebatannyaa keterajangan guwa hahahaha.

Oke about entry aku "PASANGAN KEMBAR SAMA JANTINA". Mesti awesome ek ada kembar. Kau penah ade pengalaman berkawan dengan kembar tak? Haaaa! ade??? Kau?? Tade pulak??? Meh sini tekap kepala kau kat screen lappy baca apa pengalaman aku! Kalau boleh sebelum baca tu...bla...bla...bla... *mesti kau rasa nak tendang aku bagi jatuh kat dalam gaungkan sebab dalam hati kau cakap bila nak cerita ni*. Oke-II aku mula sekarang eh. Sekarang tau! Kau rasakan kalaulah.... Yelah! aku mula sekarang! Sebok sgt nak cecepat nak kemana aku taktau! Yang nak buang air *bahasa sopan* tu cepat sikit. Kau yang takde pape tu meh tengok gambar kembar dulu yang aku mintak elok-II dari pakcik google. Sebab aku takde gambar kembarlah aku mintak dia! Dah tak payah banyak cekadak pulak kau! tengok jelah!

Comel tak comel tak??? Awesome baby!


Abaikan budak perempuan tu. Sebab misi kita sekarang pasangan kembar sama jantina.



Lelaki paling cantik kat dunia. Tak percaya right?? Sebab aku pon tak percaya. tapi itulah hakikatnya. Ehhh, memanglah takde kene-mengene. Tapi guwa nak kongsi cerita! Tak boleh?? Tak boleh dah ah!

Comelkan??? Aku pon rasa cam tu! Ahh, kau tak rasa dah! Tapi aku rasa nak gigit je pipi dia.

Pengalaman ni berlaku time aku study kat UiTM Segamat atau bahasa singkat dia atau shotform *aku main sebat je tah betol tak aku eje* alaaa kau kan suka guna cotpom! shotform dia US hahaha. Malam aku chat dengan dengan kembar dia yang sorang ni, lepas tu esoknya aku jumpa kembar dia lagi satu! Aku rasa masa tu mcm "Urghhhh! Kelirunyaaaaaa! Macam mana nak beze ni". Aku kenalkan kau dengan nama dorang eh, sorang nama Wan Zack(Z) yang sorang lagi Wan Que(Q)

Flash back balik beberapa ketika dulu.....

Act malam tu aku chat Q tentang esaimen pebende tah aku pon da lupa. Dia cakap esok nak ambik paper-paper dari aku. Aku pon ye kan je lah! Keesokkan harinyaa aku dengan roomate aku pegi ICF nak carik makanan akibat aku dah kebulur gila nak mati kot thennnn....TARAAAAA!!!! Guwa jumpa dia! Memula bual lah macam biasa tapi yang aku pelik dia takde pulak aku tanya pasal esaimen jadah tu! Aku rasa macam nak sumbat je dia kat dalam peti sejuk yang ada kat sana! Sebab pepenat aku carik balik jadah paper semua tu. Ehhh, tak tanya pulak dia. Aku pon mula lah bukak cerita tanya "Semalam nak ketas esaimen...bla...bla...bla" dia dengar dengan setia.

Lepastu dia boleh buad muka dalam kebingungan macam lepas kene terajang dengan aku dari pintu masuk UiTM tu sampai ke admin dia punya bingung. Then dia cakap "Ehhh, mana ada saya chat dengan awak semalam. Awak salah orang eh??". Rupanya dia tu Z si kembar Q. Aku rasa macam perghhhhh! what the phirana! Macam nak terjun dalam minyak panas yang abang jejual tu buad goreng popia, keropok lekor, dengan tah ape lah lagi dia goreng. Tak ambik port!  Sebab masa tu orang kat keliling guwa ramai tengok aku macam nak mintak aku ais krim strawbery! Ape kau ingat muka aku yang comel ni jual eskerim! Kepala hotak oppa kau!

Lepas kejadian tu aku tak berani lagi dah nak tetegur if kitorang chat lepas tu esok jumpa! Pernah jumpa lepas test. Dedua aku jumpa memula kat pintu keluar, lepas tu ehhh, bila masa pulak kau da sampai tangga depan! Aku pon buad lah muka sebodoh yang boleh aku buad! Akibat tak nak durian berbuah dua kali! SEGAN TAUK!!!! Kau tak rasakan! Kau dendiam baca je!!

Oke tu je cerita aku :D *kalau karangan bahasa melayu kompem guwa kene tolak markah sebab takde penutup* Sekian dari titew. Titew cyunx awuks cemua yang bacew niyh *ayat myspace*.

LUAHAN HATI BUAT CRUSH YANG DISAYANGI

0 luahan perasaan tentang entry saya
Memalam ni memang aku tak akan boleh tidurlah entah sampai pukul berapa pun aku tak tau. Punyalah aku berdiri fikir apa nak dibuat saat aku masih tidak bisa untuk tidur *mohon jangan keliru sebab bahasa, aku masih warganegara*. Memalam ni lah kan banyak je idea aku masuk nak bagi kau yang takde keje tu keje. Haaa! Ape lagi teruskan baca sebelum aku ajar kau zapin pulak!

About entry aku hari ni "LUAHAN LUAHAN HATI BUAT CRUSH YANG DISAYANGI". Oke boleh tahan sayang lah. Sepatah kata Conan Edogawa kat Ran*aku main belasah je nama dia* Act aku dengar time tengok cerita Detactive Conan tadi, dia cakap "sebab saya sayang awak sangat sangat. Dan lebih dari semua orang yang ada kat dunia ni" Ecewah, ayat guwa nak ala-II moviekan haha. Awesome what!

apakah cukup sekadar mencintai atau cukup sekadar dicintai?? sambil kau ratah sambelacan depan radio tu fikir-fikirkan lah.


Flash back balik beberapa ketika dulu.....

Dear my crush, awak ingat lagi tak time pepagi saya kejut awak. Tetiap pagi saya terpaksa bukak mata saya demi nak kejut awak! Saya terpaksa beli batang mancis untuk letak kat mata saya supaya tak tertidur balik lepas bangun. Hari-hari saya pergi kat pokok yang ada depan bilik awak untuk sembunyi lepastu baling batu kat tingkap. Ingat tak ingat tak! Hmmmm, mestilah awak tak ingat lepas satu kejadian masa birthday awak tu. Saya ingat nak kejut awak macam biasa pagi tu, tapi kali ni saya nak buad suprise sikit. Selalu saya baling tingkap awak guna batu kekecik je kan. Tapi kali ni dengan susah payah usaha saya, saya ambik batu besar gila! Dari rumah jiran sebelah awak. Saya terpaksa tebuk sikit rumah dia demi awak dan sekarang rumah tu pun dah runtuh. Bukan niat saya nak baling kat awak. Saya cuma nak baling kat tingkap awak sebab cara ni cuma Salenah Gemas dengan Justin Terbalik je pakai *omaigod salenah gemas curang!* so, saya pun nak ala-ala dorang laa sebab macam suwit gile phirana je guwa tengok ehhh, saya tengok.

Lepas saya baling kene kat tingkap bilik awak dengan nada manja awak cakap "Woi! agak-II ah sapa nak ganti tingkap aku. Kau gila ape! **** betullah!". Tapi saya tau awak sebenarnya mesti senang hati dapat hadiah tu dari sayakan. Ehhh, tak habis sampai sini je. Ade lagi suprise untuk awak, time awak jengah kepala awak kat luar tingkap yang pecah tu saya pun ambik kesempatan tu untuk baling boomereng ala-ala kluangman tu! Ingat tak ingat tak time kekecik kita selalu gaduh nak tengok kluangman dengan cerita shinchan tu! Tapi sayang awak bodoh tak sambut pakai tangan sebab awak ingat kepala awak keras sangat jadi awak pun sambut guna kepala sampai hampir pecah kepala awak.

Saya pun cecepat bawak awak pergi hospital suruh nurse tu setepler kepala awak bagi tak terbarai keluar otak. Tapi sayang doktar cakap awak hilang ingatan. Hari-hari saya datang jaga awak. Sebab parents awak dah tak nak ngaku awak lagi diorang malu katanya sebab awak tu GILA! *saoud effects* awak tu GILA! awak tu GILA!. Sedih saya masa tu awak sebab pada saya "kenapa awak ni bodoh sangat haa! Bengap sangat pegi sambut pakai kepala". Tapi tak kesahlah sebab sayangkan. Saya pun jaga awak, tetiap pagi saya buadkan awak sup masin sebab doktar kata tu baik untuk tumbesaran awak yang terbantut tu.

Lepas siap suap awak saya pun ketuk kepala awak pakai mentol lampu kalimantan yang ada kat wad tu sampai hapis wad tu takde lampu. Tapi saya cuma nak ingatan awak balik je supaya awak ingat balik semua kenangan kita. Tapi satu hari bila saya nak ketuk kepala awak dengan mentol yang terakhir tetiba awak ingat balik dan awak jatuhkan tuduhan kat saya sebab terlalu mencintai awak dan cubaan membunuh. Kesian saya, sebeb pihak berkuasa kata saya dipenjarakan dari sayang awak lagi selama 5minit.

Lepas 5minit tu awak rasa bersalah kat saya pastu awak ajak saya makan-makan. Ohhh suwit gilaa kucing ahh masa tu sebab kita kongsi air kongsi makanan. Sebab masa tu awak sengkek! Haaa! Ingatkan ingakan! Tapi awak habiskan makanan tu sorang. Saya sakit hati, saya pun minum air tu sampai tinggal straw je saya bagi awak. Dan lepas tu awak cakap ada bende nak cakap kat saya. Saya pun dengan muka comel muka paling comel yang pernah saya buad setia mendengar apa yang awak nak cakap. Then tetiba TARAAAAA!!!! TUDIAAAA!!!! "Awak saya mintak maaf sebab saya suka kawan saya". Saya pun dengan sedih hatinya berkata satu perkataan keramat sebelum berlalu pergi *ayat dah macam drama petang* "pooh key mark!" sambil tolak dia sampai tersembam kat tanah.

Sejak tu saya dah tak nampak awak lagi.... walau kat mana keberadaan awak, saya nak cakap awak hanya sekadar crush saya dan saya tak pernah anggap lebih dari tu.

sangat tersiksa bila hanya kita yang rasakan perasaan tu.  

                                                                                     Sekian dari seorang wanita yang comel lagi ayu.
                                                                                                                         *perasan tak habis aku ni*

NAMA PANGGILAN

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, berdirinya saya disini adalah untuk memberitahu... maka dengan ini ucapan yg ingin disampaikan adalah... *aku rasa kau dah boleh terajang aku sebelum aku meracau panjang lagi*. Act, pasal entry aku hari ni "NAMA PANGGILAN" aku rasa kau pon mesti ade punya nama panggilankan? elehhh, kau tak payah nak pee akulah! aku sumpah kau jadi iPhone kang! nama panggilan kau "senget"kan sbb kau pun bukan betol sgt haha.

oke ni bukan pict guwa time kekecik. Tak payah tanya manalah guwa curik pict ni! Aku dapat nama panggilan time aku sebaya budak kecik comel lagi cute kat atas ni lah. Cuma aku lagi awesomelah :D


Family sebelah ibu aku panggil aku dengan nama "ATIM" ehh, mana datangnya dari "NUR ADIBAH" tu aku tak tau. Tapi mengikut sumber yang boleh dipercayai dulu aku suka nangis so, ade sorang makcik ni pepandai tuka nama betul aku jadi  nama panggilan aku "FATIMAH" awesome tak! Baik korang ckp awesome! Kalau tak aku sumbat mulut kau pakai buah kelapa!

Oke now sekarang saat ini aku kasi tau kau pasal family sebelah ayah aku pulak panggil aku ape. Dari "NUR ADIBAH" bertukar kepada "ATIN" atau nama panjangnya "FATIN" ehhh, best la sikit dari yang tadikan haha. Papepun yg tak bestnya bila ada yang taktau nama betul aku. Ade satu hari tu, aku pegi ikut family kenduri rumah sedara sebelah ayah aku. Aku duduklah dengan sapa tah aku pun lupa, dan sapa yang empunya gerangan tah berkata "ehh, nama Fatin Adibah kan?" Sedih betol aku time tu sampai nyanyi lagu Kian-Asmawi Ani sebab time tu aku kat Felda Taib Andak. Nama "ATIN" ni jugak family kawan ibu and ayah aku pon panggil -_-'


Yang ketiga pulak, orang kat facebook or twitter ramai yang panggil aku dengan panggilan PUTERI :D hahahahaha. Oke tak kesahlah janji awesome. Rasa macam nak buad oppa gangnam pulak haha.

Tak kesahlah apepun nama yang diberikan kat aku janji ianya membawa maksud yang baik sebab FATIMAH bermakna "anak kepada rasullulah/yang tidak menyusu lagi" dan bagi nama FATIN pulak bermaksud "yang cantik menawan". PUTERI pulak aku search takde maksud! See! Awesome gile phiranakan?? Itulah makna dalam nama dua panggilan aku setelah aku tarik telinga pakcik google untuk begitau aku jugak ape makna nama panggilan aku.

Apa??? nak makna nama betul aku pulak! Kau ni nyanyuk ke hilang ingatan! Entry guwakan "NAMA PANGGILAN" tah pape ah kau ni! kalau nak jugak kau pegi tarik hidung pacik google pulak sebab kalau nak tarik telinga jugak! Meh sini aku tarik telinga kau. Telinga pakcik google dah putus aku tarik tadi. 

RAHSIA TARIKH LAHIR AKU

0 luahan perasaan tentang entry saya
Actually malam tadi aku tak boleh tidur sampai pukol berapa tah aku pon tak pastilah kan. Sebab aku tidur, online mana pakai jam. So, jam aku tu cuma ade kegunaannya bila aku nak keluar pegi memana jer. Punyalah tade kerja aku semalam, aku online FB aku dan aku punya kerkasih hati pengarang jantung gunung meletup aku si twitter tu. Guwa mana ade pakwe, so couple dgn twitter la. Awesome whoaa guwa ckp lu!

 Oke ckp pasal entry aku ni "RAHSIA TARIKH LAHIR" sebenarnya ni lah yg aku buat semalam time family kesayangan aku semua sudah diulit mimpi-mimpi indah *ayat acah-II novel gitu*. Lepas aku bukak facebook, stalker twitter orang dan tade pape yg menarik, aku pon seach rahsia tarikh lahir! THEN! dia suruh aku isi nama, tarikh lahir, and email address. Lepas tu guwa pon bukak la email guwa then! TARAAAAA!!! 

Nur Adibah,



Sebagai rekod, maklumat anda telah dimasukkan ke laman web kami (Rahsia-Tarikh-Lahir.Com) bagi tujuan analisis peribadi oleh individu (mungkin anda sendiri) melalui IP: 183.171.160.227 pada 01:29, 19 Dec, 2012.

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
################################

NAMA                    : Nur Adibah

TARIKH LAHIR    : 5 - 3 - 1994

JANTINA                 : Perempuan

KETINGGIAN              : 107 cm

BERAT BADAN     : 29 Kg


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI    : 4

ELEMEN          : Kayu

CIRI UTAMA      : Rancang

SINOPSIS                : Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit.

TAFSIRAN UMUM  : Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus. <br>

WARNA SESUAI    : Hijau.

STATUS BMI      : 25 => Overweight (berat berlebihan). Senaman secara berjalan-laju selama 30 minit, 3 hari seminggu di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kepada berat yang ideal.

PENYAKIT UMUM   : Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Perancang yang sibuk, sentiasa berada dalam tertekan. Perancang yang percaya dalam prinsipnya, membawa kejayaan, didorong oleh gerak hati (intuisi). Seseorang yang strategik yang sentiasa merancang untuk kejayaan. Perancang yang cepat dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat, ringan tulang.

Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat.  Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Bakat sebagai penceramah, suka berkongsi ilmu. Sesuai menjadi penceramah, guru dan pensyarah. Suka berniaga dan mudah untung. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.

(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com


Tekejut tak tekejut tak! baik kau tekejut sebelum aku tendang kau sampai KEYEL!!! Act yg tekejut aku bila dia say "kerjaya terbaik antaranya pengkebumian, perlombongan kontraktor" hampir terkene serangan ketawa guling-II aku malam tu sebab aku rasa mcm WTF wanita cute lagi comel mcm aku ni nak keje seperti yg diperkatakan. Tetapi itu hanyalah sekadar renungan saje. Lepas baca email aku tu, aku pon terus dibuai mimpi dah mcm puteri tidur yg kene sumpahan tu.
 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea