MOMENT WECHAT

0 luahan perasaan tentang entry saya
assalamualaikum. hye hye hye! hahahaa. *macam ada je yg baca blog aku, nak 'hye' bebanyak gitukan* oke lupakan yang itu. lamakan aku tak update blog? hehehee. haaa! why???  errr, kenapa ehh kenapa ehhh. takde story nak share. kalau ada pon ingat aku nak sangat share dengan hengko ke haa! hahahaa. oke aku tengah bergurau ni. terasa seperti digeletek geletek tak hati hengko tu. hahahahaa. alaaaam ketawa laaa. tak nak ketawa? tak lawak? oke fine. lantak hengko laaa lawak ke tak ke hambar ke apa ke. hengko ingat aku kesah sangat. tak ponn. hahahaa. oke sekali lagi aku cuba bergurau tu kann. jangan ambik hati sangat. eeee, macam pongdan laa hengko sesikit nak ambik hati. pongdan dilarang read my story morry okee. hengko rasa hengko pongdan boleh angkat kaki lari laju laju sana bawak diri. now! dah dah yang mana pongdan tu angkat kaki tangan laptop segala barangan hengko sana. tak nak tengok muka hengko lagi *acah2 tau je sapa yang baca* tak kesahlah sapa yang baca, ni aku nak cakap ni "hyee, peace :D "

berdasarkan pada tajuk entry aku kali ini ialah 'MOMENT WECHAT' *wahhh bangga cikgu yang pernah ajar aku bahasa melayu* hmmmm, dalam bebanyak moment yang penah aku lalui *ehh, ehh, salah penggunaan bahasa, pembetulan* yang pernah aku baca dan tengok, aku tertarik kat satu moment ni. dia update lagu ni haaa. lagu mana??? bukan lagu sedih ka lagi cinta ka lagu apa ka. tapi lagu ni haaa.

dari seorang friend kat wechat aku dia update cenggini

"PESAN AYAH : jangan kongkong, selagi tiada ikatan, biarlah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan/lelaki sekali pon. biarlah dia nak mengaku single dengan perempuan2/lelaki2 itu pon. kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk, jangan memberontak dan pendam je lah semua rasa itu. sebab kalau dia buad semua itu maknanya hati dia bukanlah 100% untuk kita. sebab itulah dia cari yang lain, simpan perempuan/lelaki lain. doa sajalah, bila jodoh kita dengan dia, dia berubah. masa tu nak kongkong, kongkonglah sebab dah sah2 jadi milik kita. :)

MAK PESAN : kecewa macam mana pon kita, jangan sesekali kita buad orang. biarlah orang buad kita, jangan kita berdendam dan jangan kita maki hamun. sekarang mungkin kita banyak kecewa tapi ALLAH tu MAHA ADIL, mana tau satu hari nanti kita dapat bahagia yang hakiki sebagai ganti dari segala duka yang pernah kita dapat ketika atau sebelum ini dan dia terima balasan atas apa yang dia buad kepada kita. :)"

note;; c/p dari seorang yang bernama kawan.

aku tertarik yang bapak dia cakap. tapi aku nak mengulas *sangat BM kann* pasal mak dia cakap. haaa! pasal apa??? pasalnya memang betol pon bende tu. haa! hengko dulu dok mainkan perasaan orangkann! sekarang hambik balik! padan muka kau! padan kaki kau! sapa suruh. dulu orang tu punya sayang dekat hengko! hengko sesuka hati je hengko nak mainkan perasaan orang tu. hengko sesuka hati je tinggalkan dia for no reason *ceh speaking* dia tu ada perasaan juge, hati juge. sampailah dia tu doh tak mampu beza dah pokok dengan tangan habis semua dia dok toreh. sampai lah budak tu setengah mati hengko buad diakan! nanti kalau hengko yang kene balik padan muka! padan kaki! wekkk! sapa suruh! guwa ketawakan jeee! *tetiba ganas* HAHAHAHAHAHHAAA!!! *gelak jahat* hengko pulak yang sampai setengah mati orang lain buad dekat hengko! suka sangatkan buad orang rasa macam tu! tu! rasakan balik nanti orang buad kat hengko! hengko tunggu je lah! padan muka hengko!

nah! pakej gamba lagi aku bagi sebab nak wekk kan kau! wekkkkk!!!! padan muka hengko! hmmmmmppphhhh

good job untuk sapa yang buad dia rasa macam apa yang pernah dia buad kat orang2 semua! padan muka dia!



p/s;; benda ni takdak aku nak perli sesapa. sapa makan ayam masak lemak cili api rasa laa kehangatan dia. sapa makan cili api je rasa laaa pedas dia. hambik kau! padan muka!

LOVE

0 luahan perasaan tentang entry saya
assalamualaikum bloggerss. hollaaa! rindu tak kat aku??? hehehe. huh??? rindu??? lama tak update new entry??? mana hilang??? hmmm, aku ada je kat sini. apa pandangan kau tetang cinta??? wahhhh! hahaha. kalau tak silap aku lah kan. disebabkan aku ni menghidap satu penyakit yang nama saintifiknya lupa. haaaa, aku pon tak sure laa sama ade betol ke tak. apa yang betol apa yang tak??? oke oke, aku sambung balik apa aku nak cakap tadi ya. tadi aku nak cakap kalau aku tak silap dulu aku pernah jugak menghupdate entry pasal love ke cintan cintun ni bagaikan. kalau aku tak silap laaa. hehehe. actually sobona ehhh, *haihhh nervous pulak nak cenghita nghitu* hahaha. sebenarnya.... sebenarnyaa... errr... errr... kejap kejap! bagi aku time nak fikir ayat seterusnyaaa

(......)

milik siapa cinta gadis bertopeng ini???


hmmmmmmmmmmm.......... persoalanya????

macam mana pulak dengan cincin ni??? is it..... 


errrrr.......

how bout dis apple and the ring????



terlalu banyak susun silang kata????

who that guy???

siapa??? apa??? kenapa??? bagaimana??? *kau ni belaja kata tanya ke apa ni cerita dia???

hahaha. takde kaitan dengan entry pon semua gamba yang aku upload ni. hahahaha. TAPI! yang berkaitan gamba terakhir. siapa lelaki itu??? mungkinkah persoalan bagi gamba pertama terjawab??? oke takpe, kau teruskan scroll tengok apa yang aku nak cerita oke.

actually siapa jejaka kat atas tu ya?

nama diberi : biarlah menjadi rahsia hati aku sorang je nama dia
umur : sama dengan umur aku.
tarikh dilahirkan : 4 nov.
*maklumat lain??? ape sebok nau kau nak tau ni*

first perkenalan kami kat twitter time cuti pre-diploma. dulu dia slalu jugak la metion aku. apa yang dia tak tau sebenarnya aku dah lama crush kat dia sejak cuti sem pre-dip. kitorang mention mention, aku slalu gak la stalk twitter dia. one day tu kitorang jd mcm tak slalu mention, mention pon kenkadang. aku tak kesah pon time tu biasa laaa bila memegang watak sebagai secret admire ni tau je lah risk dia apa kan. till one day, dia pon lama dah tak mention aku. aku stalk twitter dia. tengok kat bio dia taken by ..... wow! ohhhh, dah berpunya rupanya crush aku ni. hmmmm, takpe laaa. hope dia happy jee. till one day aku masuk dip, errr awal bulan 6 ke 7 camtu. aku still stalk lagi twitter dia. bio dia, dia cakap "mencari syarifah" kalau aku tak silaplah. and dalam hati aku time tu. owwww, okeee. hahaha,.

but, aku dan dia mula contact balik kalau tak silap before puasa camtu. then, kitorang buka puasa together. pegi baza together. then, one day dia cerita kat aku yang time dulu cuti sem pre-dip dia pena jugak try nak usya aku. wuuuu~~~ hahahaha. tapi aku macam nak tak nak layan je. really??? hahaha. dan apa yang pasti dia takan pernah tau pulak macam mana cerita aku yang ni as long dia tak baca entry ni sbb aku takan cerita kat dia direct. 

persoalan dia yang tak pernah aku dapat jawab kenapa aku panggil dia 'honeydew'??? hahaha. aku takde jawapan untuk itu so, tak akan pernah terjawab la jawabnyaaa. hahaha. yang peliknya dia belom tanya kenapa jugak aku panggil dia 'honeystar'. hehehe, kalau dia tanya pon aku tak mampu nak jawab sbb aku sendiri tak tau kenapa.




malam semalam 13/sept/2013 dia cakap "i nak cari syarifahlah" :) i'm try to smile even it's hurt walaupun that just kidding or may become serious one day. siapa tau kan.

p/s:: aku akan sentiasa cuba untuk jujur dan mengharapkan kejujuran walau itu sakit.

Perjodohan Keluarga

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Hi kau orang! Sihat tak??? Guwa lama dahkan tak update blog??? Lama dah guwa peranak tirikan blog guwa ni. Habis dah hancur lebur apa ni blog guwa sebab lama dah guwa tak bukak??? Eh eh. hahaha :D Okay bout entry kalini bosan sikit lah babe! Sebab guwa tak nak letak pict langsung oke! Take a note tak nak letak pict paham! So, kau tak payah lah nak paksa guwa letak pict bagai sampai kau nak melakukan jenayah culik guwa! Lu tau tak tu jenayah oke jenayah! Dah la culik guwa paksa guwa mkn eskeghim pulak tu! Kau tak payah nak merayu rayu bagai kat guwa sampai melutut just sebab nak guwa letak pict! Hey, kemon laaaa babe! Apa ni apa ni??? hahaha! :P

Oke, straight to the point je lah pasal entry guwa inikalila. Guwa mulakan entry guwa dgn soalan keramat guwa! "Apa perasaan kau bila tetiba kau tgh keluar dgn kawan kawan kau then kau balik rumah tengok rumah ramai orang, then kau masuk rumah kau tanya "pehal ni pehal ni???". Then ada makcik tu jwb "lu kene kawin dengan anak makcik babe sebab mak lu dengan wa dah agree lu kawen dengan anak wa supaya mak lu dengan wa tak lost contact. Laviyaa my bakal menantu!". Haaaa! Apa perasaan lu babe?? Apa perasaan lu babe??? Ke lu mmg takde perasaan sebab kepala lu tengah blurrr, pastukan pastukan time makcik tu cakap macam tu lu cuma mampu tekebil kebil jeee. Oke follow ceghita guwa sat g oke. Panjang gila khinzir *mulia sikitkan penggunaan ayat khinzir* yall intro guwa kalini. Stop stop! Before guwa bebel lagi panjang pasal bende yang takde kene mengena dengan entry guwa then tak memasal guwa kene tendang berjemaah dengan lu orang semuakan :P Baik guwa write je bende yg berkaitan!

Eh!!! Kejap kejap! Pastikan lu baca habis oke! Kang tak memasal ade yang fikir lain ni! Guwa hnyak je pale lu dengan apa yang ade depan wa ni!

Pagi hari raya kedua guwa kelua dengan akak sedara guwa pegi rumah kenkawan dia. Dari 10.30AM guwa pegi jalan ke jaybee. Guwa jalan, g rumah membe akak sedara guwa. Lama laaa jugak. Nak dijadikan ceritakan, guwa dapat call pukul 1:30PM, tak sempat guwa angkat phone guwa, betry dia die doh die! Haishhh! Godai laaa yall betry nak die time2 dapat call cousin guwa pulak. Cemana kalau important doh! Guwa punya berusaha time kat rumah membe akak sedara guwa tu, guwa gagahkan diri tanya membe akak sedara guwa ade caje phone??? Guwa nak caj phone. Bila dapat caj phone guwa. Guwa lupa lak ai nak on phone! Damn!!! Super shit!!! Haihhh, guwa ni kalau ingat balik memang la keje nak mencaghot saja! Sebab sakit hati doh wa cakap sama lu. Oke bila guwa on balik phone guwa, guwa tgok ade massage dari maxis 25 missed call parents guwa. Ahhh, sudah kenapa pulak ni??? Weyh, otak guwa dah pikir bukan bukan dah weyh! Sakit otak guwa pikir pehal pulak ni kan. Apa lagi dengan lincahnya la kan guwa call parents guwa balik. Parents guwa cakap balik sekarang urgent! Dia tak cakap apa lagi line putus! Weyh! serious ah wa cakap lu damn shit gila line maxis haritu! Guwa tak sempat tanya pape doh! Sedih yall pikir apa jadi doh! Guwa dengan akak sedara wa pon punya rushing lampu merah semua kitorang sailang je babe! Hehehe, nasib baik doh polis beghaya sakan time tu! Kalau tak guwa yang kene sailang dengan surat surat cinta abang hensem tepi jalan jaga jalan. Sampai je rumah guwa tengok banyak kereta!

Satu je lah guwa pikir ohhh sedara mara aku datang, apa jadah haram kitorang punya rushing sampai sailang semua jalan macam jalan sendiri. Tapi bila guwa masuk je rumah. Damnnn!!! Siapa mereka ni??? Kenapa kumpul kat rumah guwa??? Sapa kawen n, siap ade macam dulanh hantaran bagai??? Siblings guwa semua lelaki masih sekolah, tak kan guwa??? Guwa masih study weyh! Akak sedara guwa kecemana ni ceghita dia??? Damnn! Dia dah kawen doh dengan husband dia! Jadi ceghita dia guwa ke cemana ni ceghita dia???

Tetiba ada makcik datang kat guwa cakap "maaflah ye rombongan makcik ni datang tak gtau dulu, datang secara mengejut". Fakiyaaa! Apehal cakap kat guwa, ape kene mengena guwa dengan rombongan ni wahai makcik (TvT) Makcik tu cakap lagi kat guwa sat g anak dia masuk, nnti kenal kenal laaa ye. Time tu guwa ade kat tengah tengah ruang tamu. Nampak ade kereta masuk then nampak dia nak kelua dari kereta. Tapi yang guwa peliknya guwa nak keluaa rumah tengok siapa dan disaat *cehh, disaat* aku nak kelua tu aku terjatuhhhh! Arghhhh! Ape siaaaa! Sakit dohhh! Bila guwa bukak mata sambil terdengar puan ibu cakap "heyyyy! bangun bangun! Nak raya tak ni??? Cepat mandi sana, pastu nanti makan, mintak ampun sorry dengan encik ayahanda, pastu nanti kita nak g rumah atok ni sat g". Damnnnn! Mimpi rupanyaa :D

Serious talk laaa kan. Aku tak nak perjodohan keluarga :) Sebab biarlah aku kawin dengan seorang yang aku betul betul kenal dan aku sayang dia. Takpe, biarlah kami susah dan senang bersama *cehhhh ayat mintak sepak terajang dia punya jiwang, kau kene paham aku update tengah pagi buta ni*

NOTE:: HEMMM, EVEN ADA YANG CAKAP ELOK JUGAK JODOH KELUARGA NI, TAPI DULU MUNGKIN LA YEE ITU YANG TERBAIK TAPI SEKARANG WORLD KITA DAH BANYAK BERUBAHKAN :) KBAI! 

PURSE

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Apa kabau toq kau??? Ada baik ka??? hahaha. Agaknya apa dalam kepala kau time baca guwa punya title entry, "purse" gitu haaaaaaa kata dia. Mesti dalam kepala hotak kau, kau akan otomitik pikiaq "ouhhhh dompet". Sumpah kau memang takde perasaan beb. Nyampah tau tak nyampah! Ampah angat. Cewpark muwkew awukxs ang bawu taux. Grrrrr bahasa myspace. Kau paham tak haaa!!!! Bahasa myspace oke bahasa myspace!!!! WTH beb bahasa myspace! Ada lagi ke orang online menatang ni???

Bagi yang tatau menatang apa itu myspace. Myspace itu bukan sejenis makanan. Tapi myspace itu adalah sejenis laman sosial yang digunakan dulu.




Apa ni dieba??? Apa ni dieba??? Kat title entry kan "purse" tapi knapa keluar myspace pulak ni. Oh tidak... Oh tidak... Nooooooooo!!!!!!

Woiiii, Kau nak baca, kau baca tak payah nak menggedik medik oh tidak pulak. Guwa tenyeh muka lu kat jalan pasir kang. Baru kau tau macam mana seksanya guwa nak spin otak bagi penulisan dalam blog guwa ni lebih kreatif dan inovatif *tak memasal keluaq inovatif*.

Actually cenggini ha ceghita diaaaa.......

Flashback beberapa bulan dulu *mata pandang atas oke biaq sampai keluaq awan nak flasback tu*

...............

Tempat : Dewan Kayangan (DK) kat UiTM Segamat.
Masa : Beberapa bulan dulu.

Lepas guwa makan kat teratak bonda. Guwa pergi lah kelas kat dewan tu haaa. Pastu time kat dalam dewan tu membe guwa suruh guwa belikan air gedegang. Kau tau apa itu air gedegang. Air gedegang itu adalah air yang bila kau masuk kat duti syiling or kertas kat dalam kotak air tu pastu kau pilih ah kau nak air apa, nanti air tu akan keluaq dan berbunyik 'gedeganggggg'. Macam kepala kenkawan aku yang gedenganggg bunyik dia bila depa kenekan aku.

Time tu aku dah pusing satu blok kat situ tak jumpa haaaa yang namanyaaa ayaq gedegang tu. pastu sampai kat dalam dewan balik aku cakap "weyh, takde ah". Pastu dia cakap apa tah yang buad aku carik purse aku. Then tetibaaa.......

Taraaaaaa.....

My purse!!!!

Gone!!!!!

Weyhhhh!!! Purse guwaaa manaaaaa!!!!

Kau tau aku punya panic acano??? Macam nak tercabut kepala toqq!!! Carik punya carik, membe guwa habaq "tadi tinggal kat bonda kot".

Perghhhh!!! guwa punya cuak kan. Macam nak meraung babe kat dewan -_-' pastu aku cuba try test jugak la rilek kan supaya tak nampak sangat yang aku ni panic. Padahal memang tak dapat tahan lagi dah. Aku rasa macam kalau dapat ic aku je pon takpe laaaaa. IC je... IC jeee.... Last-II membe aku bagi balik purse aku yang dia tolong ambik kat sebab aku tinggal kat teratak bonda tu yang tak sengaja aku lupa masuk kan dalam beg. OMG!!!! Nasib baik ada memembe yang baik hati, jantung dan buah pinggang yang tolong ambik kan.

Kali kedua bende ni happen lagi kat aku time nak balik jaybee. Bebaru ni je haaaa. Guwa saing membe balik jaybee. Kebetulan dia nak teman membe dia g Dato' Onn. Oke pasal tu kau tak payah nak tau lebih sangat.

Flashback lagi flashback lagi beberapa minggu lepas... hahahaha.

..........

Aku tak mintak dia hantar aku kat Econsave Taman Daya je, sebab mulanya dia memang tak hantar kat taska. Tapi saya nak jumpa membe saya lah awak. Dah lama tak jumpa Afiqah. Dah makan berapa tahun baru jumpa balik kat Econsave Taman Daya.

Time nak bayar barang yang aku beli tu tetibaaaa.....

Toqqq!!! Mana purse guwaaaaaa!!!!!

Tapi aku still beli lagi ah barang tu. hehehe.

Aku dah panic kan acano nak bayar ni acano nih???? Pastu aku call membe aku tadi "awak purse saya ada tinggal dalam kereta tak???" "takde lah awak, cuba tanya kat rumah mana tau tinggal sana". Then aku call ibu aku "ibu purse orang ada??" "ada ... bla.. bla..."

Fuhhh, selamat! Kalau tak konfem guwa kene hantar balik korea beb -_-' hehehe.

Pastu minggu depannya baru aku g balik kampung hambik purse. Oke, sangatlah APTB kan???? hahaha.

AYAH

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Hi kau kau lu lu orang semua. Ghindu tak guwa punya entry baru hahahaha. Iyelah mana taknye, ada blog tapi tak reti update. Aku rasa kau dah boleh cakap kat aku cenggini ha "weyh! blog kau tu kalau tak reti nak hapdate kau campak je kat sungai pinggan ke mangkuk ke sudu ke garpu ke oke gak dari tak hapdate pape kan". Sapa jugak suka tengok entry ulang-ulang??? Lu ka lu ka??? Oke ah kalau lu nak, guwa tak payah update babe. Amacam oke dop??? Tapi apa guwa kesah kau suka tengok entry ulang-ulang ke hapa ke, guwa nak hapdate gak toqqq! Blog guwa, guwa punya suka la kan. Lagi pon ada ceghita best kot aku nak hapdate ni kalau tak memang malas la babe guwa nak menarikan jari jemari guwa yang halus lagi mulus ni *sampai dah scene perasan aku ni*. Aku kalau dah berada kat taska lela manja ni memang tahap kemalasan naik terus sampai tahap dewa90 bukan dewa19 lagi dah weyh. Guwa cakap jujur kalau dah kat sini aku lebih rela kau hentak aku pakai besi konkrit tu dari kau paksa aku suruh hapdate blog. Tapi disebabkan cerita yg bakal aku persembahkan sat g ni haaa ada terselit melit pengajaran kat anak-anak muda zaman sekarang ni yang masih berhingus tu dan tak reti-reti nak lap hingus kau tu guna tisu, sumpah kau selekeh babe. Nyampah siot! G lap hingus kau yang meleleh tu sebelom kau baca entry aku yang ni.



Flashback 29/04/2013


Ceghita dia bermula camni ha....

(tulisan merah aku, tulisan orange boss)

6.00PM
tq kak sam...
oke... hati hati.

(tade kene mengena pon. hahaha *ketawakan kau sikit* hahahahaha)

Aku naik bas ke pontian pukul 7.30PM. Aku duduk kat seat kedua belakang. Tetiba....... *kau tak payah nak seram bagailah dieba guna tetiba bagai*. Tetiba aku dengar sorang pakcik ni ckp dengan pemandu, kuat jugak lah kan. Sebab tu aku dengar.

(tulisan biru pakcik sepang selangor, merah pemandu bas)

pakcik mintak maaf yee...
bukan salah pakcik pon...

8.00PM

Sampai je kat terminal bas pontian, pemandu bas tu bual lagi dengan pakcik tadi.

pakcik nak g mna sebenarnya???
pakcik nak pegi rumah besan pakcik kat....(aku tak dengar pakcik tu ckp apa, tapi bukan kat pontian rumah besan dia)
ouhhh, tapi tempat tu bukan kat sini pakcik. pakcik dah sesat ni. pakcik ada sesapa tak kat johor ni???
ada,menantu dengan anak pakcik. tapi pakcik tatau alamat dia...
no telefon dia pakcik ada???
(pakcik tadi sambil selak-selak buku yang dia bawak)
entah. takde kat sinilaaaa.
pakcik takde no sesapa yang boleh dihubungi???
...... (aku tak dapat tangkap apa pakcik tu ckp)
pakcik sebenarnya dari mana ni???
sepang...
sepang kat selangor lah kan???
aah..
pakcik tinggal kat sepang sorang ke??? ada anak tak kat sana???
aah pakcik tinggal kat rumah sorang... tapi pakcik ada anak kat sana...
dia tau tak pakcik pegi sini???
(geleng kepala tanpa berkata)
ada no dia pakcik???
ada... (sambil bagi no yang ada kat dalam buku yang dia bawak tadi)
nama dia sapa pakcik???
nama dia ros.


Pemandu bas tadi mula dail no yang pakcik tadi bagi. Masa first tu dia "ros" tu tak angkat. Tapi lepas berapa kali pemandu bas tu tipon baru dia angkat. Tak angkat maybe no baru so tak berani nak angkat kot *berprasangka baik*

(tulisan merah pemandu bas, purple ros)

hello assalamualaikum ini puan ros ke???
(aku tak dapat tangkap apa ros tu cakap tp kau boleh agak sendiri apa dia cakap sebab time call tu pakcik bas tak buad loudspeaker pon)
saya nak cakap ni bapak puan ros ni dah sampai pontian...
...
(dia tanya pakcik tadi sapa nama pakcik tadi) pakcik sapa nama???
kasim
haa, namanya kasim puan. sekarang macam mana ni??? dia cakap dia nak pegi rumah besan dia tapi tatau alamat. sekarang ni nak suruh dia balik ke apa puan???
...
ehhh, awak jangan la meninggi suara kat saya macam ni. saya tolong pon ikhlas,,
....
oke laaa kalau awak dah cakap macam tu. saya suruh dia balik sepang je lah.
....

End called.

Pemandu bas tadi cakap kat kawan dia. (tulisan merah pemandu bas, hijau kawan pemandu bas)
kenapa??? macam mana???
orang nak tolong dia ikhlas tapi dia marah-marah pulak...
kenapa??? dia cakap apa...
dia cakap "awak tatau apa masalahnya sekarang ni. awak jangan masuk campur. dia pandai datang pandailah dia balik" dia cakap macam tu. orang nak tolong dia ni ikhlas.
.....

Pemandu bas tadi bincang balik dengan pakcik tadi.

pakcik.. saya rasa pakcik ni ada masalah kan dengan anak-II. anak-II tak nak terima pakcik ni.
.... (sambil tundukkan muka je)
pakcik saya rasa elok pakcik balik selangor dulu. pakcik balik sepang dulu. pakcik tggu kat TBS. sekurangnya kat sana lagi selamat kalau pakcik nak tggu lagi pon kat sana pakcik boleh balik rumah.
iyeelaaaa. pakcik mintak maaf yeee.
pakcik tade buad salah pon. tak payah mintak maaf.
maaf ye nak...

Lepas tu bapak aku pon sampai then aku pon balik. Tatau apa jadi yang seterusnya. Tapi rasanya pakcik tu balik KL malam tu jugak sebab pakcik tu beli tiket balik KL malam tu jugak.

Malam tu aku terpikir sendiri. Aku ingat bende ni terjadi kat dalam drama lakunan Zamarul Hisyam, Dynas, dan beberapa pelakon lain kat dalam satu cerita kat buad aku ingat cerita tu sampai sekarang. Tak sangka drama tu terjadi depan mata aku sendiri.

To Puan Ros and her siblings- Terima lah bapa anda dengan hati yang terbuka. Walau siapa pon dia.

Note:: Sehina mana, sehodoh mana, seburuk mana orang tua kita. Jangan buang dia dari kehidupan kita selagi hayat dia ada. Sebab tanpa dia kita pon tak akan ada.

31/03/2013

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Act aku nak update benda ni lama dah. Tapi kerajinan aku baru terserah sekarang, nak buad acanokan??? Tak kan kau nak hentak kepala aku pakai paku! Ape kau hengat aku ni Maya Karen si pontianak harum tu. Ohhhh, memang tak lah penjawaban dia kan *kacau bilau tatabahasa pembahasaan kemelayuan guwa*. Banyak jugaklah bende menarik tertarik guwa memang gojes yg happen latelykan *perghh hancosss guwa punya english*. Tapi time tarikh hari 31/03/2013 hari ahad. Oke gila sad! Aku dah mula sediakan tisu ni. Baik kau baca dengan penuh penghayatan.

Dia pergi tinggalkan aku...

Dia pergi untuk selamanya...

Aku tinggalkan dia, dia masih boleh bercakap...

Tapi aku jumpa dia balik, dia dah terbaring nazak...

Ya Allah terima kasih kau masih beri kesempatan aku untuk bacakan dia yassin dia akhir hayat dia...

Siapa dia???

Yep, dia! Dia nenek yg bersama dgn aku, hidup satu rumah sejak aku darjah satu akhir tahun. Baru first time aku merasa kehilangan.

Haritu hari ahad ibu ambik dia bawak balik rumah dari kota tinggi. Dia dibawa balik dalam keadaan tenat. Dalam keadaan yg sangat buat aku jadi tak tentu arah. Petang tu jugak pukul 4.55pm dia tinggalkan aku. Keadaan aku time tu sangat tak boleh terima.

Thanks to all my cousin yg kuat kan aku balik. Kalau tak tak tau lah apa yg jadikat aku. Sebab aku rasa semangat aku nak bangun masa tu pon tak de. Aku terduduk kat tepi katil dia. Ya Allah, betul ke ni??? Jangan uji aku dengan cara ni. Tapi aku sedar, aku kene lepaskan dia supaya dia tenang kat alam sana. Aku pon tak nak dia terseksa tengok anak cucu dia sedih sebab dia pergi. Time first tu aku meracau jugak lah. macam-II lah yg aku cakap.

Note:: Lepaskan dia yg pergi tinggalkan kita untuk menghadap Illahi kerana Allah lebih sayangkan dia. Tapi untuk dia yg tinggalkan kita sebab lelaki or perempuan lain jangan lupa lepaskan dia bersama tendangan padu! okeee??? get it??? good!!!

18/03/2013

1 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Hellooooooo *lambai2 tangan bebajet retis* jumpa lagi kita di entry guwa yg ke.... Errrrr, yg ke berapa ek??? Ke 13 or 14 kot. Tak pe kau ignorekan je yg tu. Today dengan tabahnya aku bangkit pagi dok kemas rumah semua kononnya *calon isteri mithali* baru aku mai dok ngadap kekasih gelap aku yg berwarna hitam dan diberi nama laptop. OMG!!! Hampa semua nak tau idak awatnya aku habaq aku bangkit dengan tabahnya. Hampa semua nak tau pasai pa??? Pasai dia, aku sakit tekak je pon rasa nak demam *cehhh, mintak perhatian siot*. Tapi aku dok kuatkan hati aku ni haaa nak update new entry *ahhh, sudah! Aku cakap loghat pulak* bagi hampa semua menggali ilmu kat entry aku ni kalau ada. Kalau tak de nasib kau lah, mugkin belum sampai rezeki kau lagi nak mencari gali ilmu dalam entry-entry aku. Jum mata ramai-ramai pandang judul entry aku *perghhh! Judul siot. Cikgu BM mesti bangga* "18/03/2013" perghh, mcm pergi bercinta je aku masa ni. hehehehe. Takpe kau lanjutkan je bacaan kau. Tak payah nak susah susah pikiaq apa pon nah. Aku dah habis pikiaq dah ni untuk hang. Mesti kau tanya "tarikh ape ni tarikh ape ni???" Ni aku nak jawab ni. Kau baca bebetol! Pastikan hotak kau ade memori yg cukup nak ingat tau! hahaha. Ni tarikh aku dilamar putera impian aku. OMG!!! guwa cakap lu gila melting okee!!! Dia MELAMAR aku!!! Kau paham tak MELAMAR oke MELAMAR!!! Kau tau cara dia melamar aku cemana??? Ni nak habaq mai lah sikit kat hang. Dia mai kat aku dok ajak aku pegi SEASIDE oke SEASIDE!!! Kau paham tak??? SEASIDE!!! Pastu dia dok huluq aku cincin kawin oke!!! Mana tak melting guwa! Terus meleleh ayak mata aku sambil say "yesss! i will. Thanks for make me happy". Kitorang tunang minggu depan. Nikah bulan depan. Oke the end! hahahahaha! AKU BERGURAU!!!! BERGURAU toqqq!!! Dah kau tak payah meleleh ayak mata sangat sebab ingat aku dah kene lamar betol. Aku gurau jeee. Putera mana pulak turun dari langit dok lamar aku??? hahaha. Nak tau kau baca lagi.

Sayang Kak Elly!


Semalamkan harikan isninkan *sia-sia aku kene sepak terajang ni kang sat g* dengan tarikh dan hari keramat ni aku keluar dengan KAK ELLY sayang aku tu! Dengan kak Aida. Ohhhhh, awesome oke awesome!!! Aku quit harini sabtu. Kak elly mmg dah tau pon aku nak quit. So, ahad tu lepak dengan dia kejap kat mamak D'Tepian Raudhah *ehh, tah betol ke tak aku eja nama kedai tu*. Time lepak sama tu, dia habaq mai kat aku "esok akak nak cutilahhh". Then then then, aku ajak lah dia spend time sama sebab hari ahad tu dapat kejap je kan. Apa rasa toqqq!!! hehehe. Aku dah excited gila oke atau dalam bahasa melayu dia TERUJA! Sangat TERUJA oke SANGAT TERUJA dari malam ahad tu! Rasanya kalau aku ada kuasa ubah masa aku dah lama cepatkan dah masa tu jadi 2.00PM hari isnin!!! Kitorang gerak dari rumah dalam pukol2 lebih centu then, sampai pontian kat tempat yg memang kitorang nak pegi dalam pukol4 centu *bapak lama gilaaa! Macam pegi Segamat je aku nikan* sebab lambat kitorang g tempat lain dulu before pegi tempat yg memang nak dituju tu. Have fun gila semalam! Apa kitorang buad???? Memacam kitorang buad. Berenang, skuba, diving *lagu mana hang nak berenang semua. Banyaklah berenang*.

I never thought I’d need you there when I cry. 


Kitorangkan kitorangkan kitorangkan.... Kitorang just g bank, karoke, dengan makan jeeee. Actually aku cuma nak pegi karoke jeee! Tapi dah menyimpang ke lain lain tu pon mmg urusan aku. hihihi. Happy sangat sangat!!! Tapi tak snap gambar sama pulak. Lupa oke lupaaa!!!

Ni nak ceghita sikit laaa. Aku rindu sangat time kak elly geram dengan aku nanti dia buad muka comel cegini haaaaaa!!!

Cegini haaa muka comel dia! Comelkan??? Kak elly omeyy!

Semalam time turun bas, nak tinggalkan kak elly sedih sangat! Yulp, perkenalan kami singkat. Tapi sangat bermakna bagi aku yg nak sangat rasa mcm mana ade kakak. Terima kasih kak elly :) Rasa macam nak hug je kak elly semalam kat bas tapi taknak lah drama sangat kat bas kan. hahaha.

Nak sayang kak elly cegini haaa semalam. Tapi cuma salam dia je. Mintak dia jangan keje penat sangat.

When u walk away, i count the steps that u take. :)

Masa first kenal dia takut-takut je kan. Sekali dah kenal rapat. Hambik kauuu!!! Semua bolehkan. hehehe.

Thanks be my sister for a while. I'm happy with u sis.

Mr.Dream, Aku dan Mimpi

0 luahan perasaan tentang entry saya

Assalamualaikum. Today ehh act bukan today tapi tapi 16/02.2013 yg lepas *hamboi siap ade tahun lagi. bapak awesome guwa ni* hari Sabtu *nengok nengok dengan hari lagi kan kan kan* aku ade terfikirlah..... Alaaaa, ape aku ngarut ni -_-' balik semula balik semula. Ni lah padah bila migrain kembali *perghhh! boleh buad tajuk ceghita nih! 'bila migrain kembali' lepas ni jumpa Datok Yusuf Haslam bincang nak buad filem*. Kepala aku sakit gila! Aku rasa macam nak cabut je simpan kat dalam laci duit tadi kat dalam kedai. Astaghfirullah! Hehehe *tau guwa sendiri yg takut*. Act entry ni aku nak update semalam tp mcm dah malam ehhh pagi sangat lah pulakkan pukol 2 ke 3 centu ah, tu yang tak jadi guwa nak tido ngantok bhai! Sebenau nye entry ni pasal sabtu lepas "Mr.Dream Aku dan Mimpi". Tajuk tak nak gempak lagikan madah ber+Mr.Dream bagai *macam nak ceghita pasal couple je*. Dia dengan aku bukan sesapa.

Firstly, meh sini aku kenalkan kau dengan dia...

Haaa! Ni bukan dia. Gambar hiasan jeee.

Aku panggil dia mr.Dream sejak dia muncul dalam mimpi mimpi aku *pergh, ayat novel keluar*. Nama betol dia .............. hahaha isi tempat kosong *soklan SPM dah keluar*. Tempat aku mula kenal dia dekat sana. Masa aku first nampak dia time tu lah. Umur dia??? Masuk bulan ni umur dia dah macam ape kat dalam ic dia ah. Rumah dia??? Kat sebelah rumah jiran dia. Rumah jiran dia pulak kat sebelah rumah dialah! Tempat lahir dia??? Dia lahir kat hospital yang papa dia hantar mama dia time nak beranakkan dia. Aduhhh, kau ni banyak betol soalan yang bermain, berlari dalam fikiran kau ek.


Betol ke mimpi tu mainan tido??? So, bende tu semua setanlah ae??? OMG! Kau setan ghupanye mr.Dream yg amat dikasihi. hahahaha. Kidding je babe hehehe.


Everytime if aku mimpi dia... Aku yg akn dtg kat dia or aku tak dapat nampak dia dengan jelas tapi aku still kenal dia. Kalau tak pon aku nampak dia dari jauh and masa tu dia dengan kenkawan dia. Ni mimpi yang biasa sangat aku alami. So, aku tak kesah sgt lah sebab maybe betol lah mainan tido je or before aku tido, aku memang tengah rindu empunya diri yang amat.


Masa time saat jam minit tanggal hari *amboi, ayat macam nak kene sumpah jadi tenggiling dengan cikgu-II BM sedunia* Sabtu aku mimpi dia lagi. Cuma kali ni lain sikit sebab aku langsung tak terfikirkan dia before aku tido. And mimpi tu macam real sangat. Dia datang kat aku dalam waktu hujan semata mata nak bagi aku gambar kami yang dia edit. Dia naik kereta then dia berenti depan rumah aku, dia lari masuk dalam rumah aku sebab time tu hujan then dia dapatkan aku just sebab tu je. Tapi kereta tu tinggalkan dia sebab maybe dia datang tu kawan dia yang hantar kot. Kereta Alza key Alza hahaha. Dan muka dia sangat jelas depan mata aku! Then, bila aku hulur tangan kat dia dan dia cuba capai tangan aku tiba tiba aku terbangun dari tido. "mr.Dream kau paham tak maksud mimpi aku ni. Maksudnya kita memang tak akan mampu terima sesama sendiri".



This song for u mr.Dream. Oke! babye my dear mr.Dream! hahaha. Selamat tinggal. Tak nak ingat pasal kau lagi dah.

Aku, Kau Dan "Kita"

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Before aku mulakan entry kali ni. Aku nak story sikit. Petang tadi guwa pegi bank. Guess what! Guwa jumpa abam omey!!! Omaigod! Omey gilaaa!!! Hai abam BSN omey, kita mesti akan jumpa lagi *tak payah tanya kenapa aku yakin sangat akan jumpa dia lagi, sebab memang kitorang akan jumpa lagi* hahahaha. Oke now about entry guwa harini "aku, kau dan 'kita'". Tajuk entry tak nak gempak jadah lagikan! Kau mesti rasa nak campak je aku kat laut kan lepas menghayati tajuk. OMG! Tu baru kau baca tajuk je tu, belom lagi kau baca apa yang aku nak luahkan ni. Komfem kau muntah purple lah punya! OMG! Line internet aku macam menatang haram kekhinziran tu! *tak memasal pulak aku ni*.

Actually entry kali ni aku dedikasikan untuk seseorang. Terima kasih kau sudi hadir dalam hidup aku dulu dan kau cuba lagi untuk hadir sekarang.

Dear someone,

Mungkin ke aku dan kau akan jadi "kita" sekali lagi???

Yep! Aku nampak yang kau memang betul cintakan aku sekarang. Kau lain dengan kau yang dulu. Aku nampak kau memang in love. Aku nampak semua tu. Kau pernah tanya aku "apa kurang aku???". Nope! Kau tak de kurang pon. Kau sama je dengan semua lelaki yang aku pandang. Kau ada hidung, mata, mulut, tangan, kaki, kau lengkap. Kau bebetol nak kita jadi "kita" sekali lagi. Tapi kau sendiri tak yakin. Before aku pegi jauh dengan entry ni. Aku nak jelaskan yang entry ni bukan tanda aku tolak or what. Tapi aku cuma nak kau cuba rasa apa yang aku rasa.

Sekali aku dan seseorang dah jadi "kita" untuk jadi kali kedua perlukan usaha yang keras, sekeras hati aku.

Ingat lagi 31/1/2013??? Boleh tak jadikan itu ganti untuk kenangan masa lalu kita kalau memang kita tak mampu untuk jadi "kita" lagi. Sebab kisah kita yang lalu tak de kenangankan??? Ingat sonata musim salju??? Aku ingat kau memain. Sebab time tu memang tak nampak perasaan tu. Tapi lepas kau jelaskan kat aku. Oke, aku mula nampak. Dan bila kau cakap yang kau takut pelajaran kau terjejas, oke fine apa kata kita pilih jalan memasing. Itu yang terbaik. Sebab aku sendiri tak suka perkara luar menjejaskan aku. Aku faham. Aku bukan salahkan kau cakap yang aku menjejaskan kau or what. Cuma memang bende ni aku dah terfikir dari awal. Aku mintak kau lupakan aku sebab aku tak yakin kita akan jadi "kita" lagi. Sorry. Aku tak berniat nak buat kau merana ke ape ke??? Tak. Aku tak de niat langsung pon. Cuma aku faham situasi kau. Aku pernah ade kat situasi kau. That's why kenapa entry ni aku dedikasikan kat kau.

"Sesempurna mana seorang lelaki kat mata orang lain. Dia tak akan jadi sesempurna mr.Dream aku"

Siapa mr.Dream??? Dia seorang yang pernah muncul dalam hidup aku dulu. Dia buat aku happy, senyum dan down. Tapi hubungan kitorang belom pernah jadi "kita". Aku tunggu dia??? Tak lah. Aku cinta dia??? hahaha tak jugak dan  tak mungkin. Aku tak akan muncul lagi dalam hidup dia lagi walaupun as a friend. Maybe aku tak sanggup kot. Sebab dia sangat sempurna kat mata aku till aku jumpa someone yang dapat buat aku lupakan dia. Kau kata kau tak nak rush-II. Tapi aku nampak dari cara kau. Sorry kau belum mampu buat aku lupakan dia. "Yesss! Awak, saya suka siapa awak kat mata saya! Awak mampu buad saya terluka". If awak pon ada baca entry saya yang ni, saya mintak maaf semua tentang saya, awak dan mereka. 'Now everybody hurt'



Note:: Tak susah berpura-pura mencintai seseorang. Tapi untuk berpura-pura tidak mencintai tak mudah.

Padah Tak Dengar Cakap

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Today aku nak paksa kau baca jadah entry blog aku! Sapa tah yang nak baca. Macam ade orang nak baca je kan. Hurmmmmm, sedih! Banyak pengajaran. Errrrr, mungkin hahaha. Oke, bila cakap pasal "Padah Tak Dengar Cakap" ni dah konfem lah cakap mak bapak kan??? Tak kan pakwe/makwe pulak. Lagi pon memang lah aku ni tak ade ape tu yang kau panggil tu pakwe haaa! Dah terang lagi bersuluh lah yang aku ni takde. Single oke single *promete diri kejap, oppssss aku limited oke*. If cakap mak bapak kau pon kau tak nak dengar so automatik tak payah ade pakwe/makwe, kalau ade kau campak je kat kawah buad dodol! Sebab kang tak memasal kau jadi batu sebab kene sumpah, jadi iPhone ke, Tab ke, Lappy ke, Motor LC ke, Kereta ke tak pe jugak. Ni jadi batu tak de guna tau tak de guna! Kalau campak kat laut pon belom tentu penunggu laut tu nak terima kau. So, sesia lah kau hidup kalau tak nak dengar cakap mak bapak kau! Baik kau godai je lah! Tapi mati sebab bunuh diri lagi lah tak aman. Errr, kau teruskan je lah hidup macam biasa! Lantak kau lah nak dengar tak! Kalau orang dah nak nasihat sampai teberak berak pon kau tak nak dengar sebab hati kau tu keras bak batu ape pon aku tak tau dia punya bapak keras sampai tak boleh nak terima nasihat orang! Eeeee, geram akuuuu! hahaha. Campak kau kat mulut gunung berapi nak??? *acah acah gangsterkan, takut tak???*. Alaaa, lagi pon kalau kau tak dengar cakap mak bapak kau derhaka tau tak derhaka haaa! Dosa tau dosa! Pastu nanti kat akhirat kene humban dalam neraka. Nak kene humban dalam neraka haaa nak???? Kat neraka tu panasss! *ecewahh, macamlah yang baca ni budak sekolah tadika or orang tak takde otak yang tak boleh nak pikir dengan sempurna*.

Tengok! Dia dengar je cakap mak dia. Sejuk perut aku kalau dia anak aku *amboi tinggi melangit cecita aku nih*

Sebab dah terjadi kat guwa! Banyak kali dah sebenarnya tapi baru kejadian kali ni aku terbukak pintu pagar hati nurani aku ni nak share dengan kau pulak kan. Nak harapkan aku jumpa kau sensorang pastu nak  ceghita pengalaman aku ni memang malas dia dah tahap profesor madya dah! Maka dengan itu, di zaman milinium yang pesat lagi membangun ini *pergh! cikgu BM mesti bangga dengan aku ni* aku pon ambik jalan mudah share kat blog je. Sharing is caring hahaha *rasanya tak perlu kot aku berpendahuluan ni sampai dua perenggan, mampuih kang kene hambat dengan cikgu cikgu BM aku*.

Actually petang tadi time masa *dah bahasa english, lagi mau bahasa melayu lagi. bahasa jiwa bangsa* aku tengah tido. I get a new message from my lovely dear friend Atikah Syahira *kawan yg baik siap nyatakan nama lagi*. Kau tau message apa??? Message kosong key kosong! Bingitlah jugak aku tengah tidur dibuai dihayun mimpi tetiba msj kosong yang masuk. Lastly aku baru teringat yang aku dah cakap kat dia nak mai rumah dia pukol5. Tapi pukol 4.40 aku masih tido, oke salah aku key salah aku hahaha sorry bebeh! Nasib baik dia kejut kalau tak. Tak ke esok baru aku bangun! *rasanya aku tak perlu ceghita part yang ni pon tak pe kot*.

Dengar cakap mak bapak key!


Before aku nak keluar tu cik puan ibu dengan encik ayah dah cakap "bawak helmet tu". Tapi dek kerana kemalasan aku nak turon motor tu malas tahan dewa dewi! Maka aku jerit je sambil jalan "orang lalu jalan dalam lah. Kbai" *kalau ada kucing lalu konfem dia dah langgar aku bagi terbarai otak punya akibat tak dengar cakap*.

Aku pon teruskan perjalanan aku terus ke rumah sahabatku *ecewahh ayat mintak pelempang lelaju* tapi time masa nak melintas jalan ghaya tu! Kereta, moto, lori semua ada lalu! Omaigod! Jammed!!! What the hell! Nasib baik aku sabar menunggu kalau tak konfem dah lama kene henyak kereta dan lori bagai! Dah la aku tak bawak kepala (helmet) aku. Makan masa dalam berminit minit jugak lah *macam bertahun nau*. Tapi disebabkan aku ni tak berapa nak ketinggian so, erkhhhhh! Benci key benci berenti lelama!

Lepas tu, nak masuk area area rumah dia sambil sambillah aku nyanyi lagu apa tah yang lirik dia "hey baby give me one more night... bla.. bla.. bla..." boleh hujan pulak! Oke, aku dah mula menyesal sebab tak dengar cakap! Cuba kalau aku bawak kepala aku tadi takdelah muka aku yang comel *perasan* ni basah dek hujan. Dah make-up aku tu habis kene air hujan *macam make-up bagai je tadi*. Tapi sokeylah sebab aku selamat sampai rumah dia! hehehe. Lepas aku berehkan segala hal dengan cik sahabat, guwa pon ambik keputusan nak balik! Then, guwa baliklah *aku rasa yang ni tak perlu bagitau yang aku baliklah*.

Dalam perjalanan balik tu hujan lagi key hujan lagi! Mungkin jugak sebab tadi aku nyanyi tu dalam lirik tu "give me one more" sebab tu hujan lagi. Okelah tak kisah sangat. Tapi yang aku kesahnya kat situ hujan tapi jalan nak masuk rumah aku tu tak hujan! Sekali lagi what the hell! Segan tak segan lah kan orang tengok. Mampuh mu ah! Janji guwa sampai ghumahku syurgaku! Tapi kejap hujan kejap tak! takpelah janji sampai.

Barulah boleh jadi keluarga bahagia kalau saling menghormati, dengar kata.


Akhirnya aku selamat sampai rumah. Aku balik terus aku peluk cium kaki cik puan ibu dengan encik ayah *nampak sangat aku gebang*. Aku balik je masuk rumah terus tuka baju bagai pastu aku hadap sensorang laksa johor! Rupanya ada hikmah disebalik kejadia kejadian sadis yang menimpa aku harini *hikmah lah sangat. laksa je kot*. Kesimpulannya *mampuh aku kene sodok dengan tayar motor dengan cikgu BM sebab dah ade 'akhirnya' nak ade 'kesimpulannya' lagi* better kau dengar je mak bapak kau. Dia tau apa yang terbaik untuk kau! Ni baru sikit je aku cegita yang aku kene belom lagi yang..... oke bye *melarikan diri dari cerita*.

ENTRY LAYANG BUAT KEKASIH MASA DEPAN

0 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum. Memandangkan harini mood aku stabil, baik dan ditambah pulak dengan kerajinan yang sangat mendalam lagi meninggi ni aku ingat apa salahnyakan aku buad entry layang untuk kekasih masa depan. Cewahhh, padahal! Calon pon takde hahaha #TeamSingle lah katakan. Tapi bak kata mat saleh "Single is not a status. It's a word that describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others." So, erti kata lain guwa nak cakap yang guwa ni kuat, tabah, enjoy guwa punya life even tak de couple. Hahaha. Of course i am! Tapi memandangkan cik puan ibu telah memberi lampu hijau untuk mencari someone dan walaupun hati aku keras berkata tak nak lagi sebab guwa tak nak hati guwa jadi hancur lebur terbarai! So, guwa putuskan nak terus men+single. Happy what status single ni! Banyak kebaikan dari keburukan. Aku tengok couple ni tak de lah happy nau! Tapi aku hope kau kau kau! Bahagialah dengan pilihan kau! Oke??? Senyum sikit :) Atototo comel crazy nak die lah kau senyum cenggitu! Sini aku tampor sikit! About entry harini actually memula aku nak buad "Surat Layang Buat Kekasih Masa Depan" tapi sebab sekarang dah tak pakai jadah surat tu lagikan??? So, aku tukar jadik "Entry Layang Buat Kekasih Masa Depan" omaigod! Modennyaaaa! Entry ni hanya sekadar renungan sahaja!

Dear My Future Lover
Handsome tak future lover aku. Future lover lah sangat!

Saya harap awak ade beberapa perkara ni. Even akan ada orang yang cakap "jangan letak krekter pada dia, nanti dia pulak letak kerekter kat kita". Ahhh! Dulik hape aku! Nak jugak nak jugak!

#1.Matang
Of courselah aku nak yang matang dari segi usia (sebaya dan sehingga 5tahun keatas). Pada aku umur yang matang akan ada sikap, pemikiran dan segalanya matang. Seiring dengan usia. Mereka akan lebih komitmen dalam menjalinkan hubungan berbanding dengan usia yang pada aku tak matang. Mereka akan lebih nak enjoy dalam hubungan. Errr, macam yang orang wanita yang bijak selalu cakap *wanita bijak mana yang cakap tatau* "I want a man not a boy. Cause my heart not a toy". Sebab yang matang ni jugak lah boleh bimbing aku dari segi tingkah laku dan akhlak aku *perghh, lepas ni boleh jadi calon cg agama*. Aku harap kau mampu bawak aku kejalan yang sepatutnya, kau mampu untuk mengubah apa yang salah dengan cara yang betollah! Sebab guwa memang tak suka orang kasar dengan guwa lelagi dari segi percakapan! Sekali kau kasar dengan aku even alasan kau bla bla bla... Godai lah kau! Guwa tak hadap pon setakat muka boleh jumpa tepi jalan! Oke??? Take a note babe! Tapi kalau memang jodoh, hope kau matang dari segi sikap, pemikiran dan segala tingkah laku.

#2.Penampilan
Aku suka orang yang sentiasa berpenampilan kemas. Tak kesah lah siapa pon kau, yang penting kemas dalam berpakaian, dan ada sahsiah rupa diri *ecewahh, gitu dah macam kat uitm kalau tak ikut sahsiah rupa diri kene saman* mean dari hujung rambut sampai nun hujung kuku kaki jari kelingking kau tu kene sentiasa jaga! If bende simple cam ni pon tak boleh buad kau lupakanlah hasrat nak usya aku! Rupa paras??? Hurmmm, itu jugak penting. Aku tak kesah kau hodoh kat mata orang lain asalkan kat mata aku kau handsome! Hehehe. Macam mana nak tau kau hensem kat mata aku??? Manalah aku tau! Tanyalah mata aku!

#3.Kepercayaan
Kepercayaan yang ada antara each other tu penting sangat. Ni kalau guwa ade kawan lelaki then terus tukar kerjaya yang kau ada jadi pengintip or jadi polis yang macam dah soal siasat penjenayah! Erkhhh, rimas key rimas! Tolong percaya if aku kata aku hanya berkawan. Sebab aku tak sukakan lelaki yang terlebih cemburu dan mengongkong! Oke maybe akan ada yang cakap "Aik, takkan couple sendiri tak boleh nak kongkong, tak boleh nak jealous". Weyh! Kalau dah batak sangat kongkong awek! Baik kau gari je dia, pastu kau humban je dia dalam kandang ke sangkar ke reban pon boleh diguna pakailah. Yang kau boleh tengok setiap 24JAM!!! Kesimpulannya percaya tu penting. So, tak payahlah nak get jealous lelebih sangat kan. Aku hempok kau pakai batang kayu mop yang ada kat rumah Adam Lambert baru tau!

#4.Setia
Lepas dah ada percaya each other kenelah setia. Jangan kau dah dapat aku punya percaya pastu kau campak aku punya percaya tu tah kemana then kau pegi berjimba pulak dengan pempuan lain! Memang naya kau aku kejekan nanti! Yep, maybe tangan aku tak mampu nak sakiti kau tapi ingat tangan wanita mampu mengoncang duniawi *ecceeewahhh, ayat novel dah keluar*. Betol ke naya??? Tak caya kau boleh tanya sama orang yang dah kene dengan aku! Mesti diorang akan cakap "Aku rela terjun bangunan tingkat 18 belas dari naya kat tangan dia. Seksa wooo!". Kejamkan aku?? Kejamkan aku???. Ahhh! Kau lagi kejam! If kau rasa tak mampu setia kita kawan je dan tak akan pegi jauh selain dari kawan.

#5.Pelindung & Pencinta
Aku nak someone yang mampu lindungi aku dan cintai aku every time. Malah aku harap kau mampu untuk jadi Sinichi Kudo yang sentiasa ada disamping Ran Mouri walaupun tanpa disedari *pengaruh kartun banyak*. Sinichi Kudo sentiasa melindugi dan mencintai Ran Mouri walaupun sebagai Conan Edogawa. Mampu tak jadi macam tu??? Act aku tak paksa kau jadi macam tu, cukup kau jadi diri kau tapi tetap ada disamping aku selalu terutama bila aku perlukan orang yang aku sayang. Aku jugak harap kau mampu cintai aku apa adanya *omaigod! gila jiwang nak meninggal*. Senang ceghita cam ni lah "Kau sayang, aku pon sayang. Kau cinta, aku pon cinta. Kau rindu, aku pon rindu. Tapi sekali kau curang, seribu kali aku bagi balik curang tu kat kau" fairkan??? Easykan honey nak paham! So, pilihan ada kat tangan anda. Cewahhh gitu pulak. hahaha.


Meltingkan??? Melting ohhh!

Nampaknya, tu je ciri-ciri asas yang aku perlukan untuk kekasih masa depan aku yang menerima entry layang ni. Tak kesah lah kau jumpa kat mana, tah kat tepi jamban time kau melepaskan hajat ke. Ye la, namanya je layang. Ikut suka dialah mana dia nak melayangkan. Akhir sekali, salam sayang dari aku! Kalau kau orangnya! Jaga aku dengan baik key! Jangan sekali kau sakiti hati aku, sebab bila sekali aku cakap "NO" maknanya selamanya akan jadi "NO".

Yang ikhlas lagi tulus mencintai dari
Kekasih masa depan.

Jun-Okt 2012 Always In Memory (Part2)

0 luahan perasaan tentang entry saya
ASSALAMUALAIKUM.
Jangan kau tanya kenapa aku rakus kalau makan lelagi kalau hantu aku dah panggil! Takut tak??? Takut tak??? hehehe. Cuma ada masanya aku tak serakus ni.

Hey helluww bertemu lagi kita dalam rancangan... bla... bla... bla... *ala-ala pengacara hiburan gitu*. Actually entry kali ni ada kaitan dengan entry yang lepas. Kira lebih kurang macam ceghita drama "ASMARA" tu la kan ada Part 1 & 2. So, aku nak jugak ah. Bohong kalau kau cakap kau tak pernah tau ceghita Asmara ni! Aku flush muka kau yang cantik lagi hensem tu kat dalam lubang jamban Justin Terbalik kang! Oke, before aku kene terajang secara berjemaah dengan korang better aku ceghita apa yang tersumbat, tersemat, dan apa yang ada dalam hati aku yang berkaitan dengan entry.

Firstly pasal akak cute ni.

#Siti Hajar
Akak ni sem ni dia last sem dah. Dia the one yang ajar aku math time pra-diploma. Thanks kat akak cute ni sebab dia aku dapat pointer yang aku dapat. Sebab dia aku bukak buku math! Kalau tak hampeh tengok buku, nak nyebut math tu pon aku rasa baby pon boleh kira beghapa kali. Terok kan perangai! hahaha. Rindu akak ni. Rindu nak belaja math dengan dia. 

Akak ni nama dia Nurul Amirah 

#Nurul Amirah
Next person yang ada dalam memori Jun-Okt 2012 is Kak Mira. Susah betol memula tu nak bezekan kak mira dengan kak aja time memula kenal. Erghhh! Yes! Even sorang pakai cermin mata and sorang lagi tak. Lepas tu muka memanglah lain gila. Rindu gila nak lepak sesama dengan akak ni kak mira, kak wawa, kak aja, kak shada, afzan najiha and everyone yang pernah lepak sesama.

Ni Salinah
#Salinah Aizad
Dia ni membe pegi kelas, membe pegi cafe, membe pegi kedai. Dia sangat lah sporting. Dan aku jugak sangat lah rindu nak dengar segala ceghita dia hahaha. Dia manyak ceghita woooo. BTW dia comel right??? See time dia tiup belon tu. Perghhh! Awesome beb!

Oke this one is Cik Cousin
#Hadah Lavender
Act nama dia Syuhadah. Yes! aku mula rapat dengan dia bila aku masuk UiTM Segamat. Kalau tak, nak tegur pon susah hehehe. BTW rindu jugak kat dia. Nak balik naik train sama and everything we do together. Yes! guwa ghindu beb nak tido ghumah tokngah dengan lu Syuhadah! hahaha! Comelkan dia. Tapi walaubagaimanapun *penanda wacana, bangga cikgu BM* aku tetap lagi comel :D

Oke antara orang-orang yang aku rindu time Jun-Okt 2012 dan act banyak lagi kalau nak ceghita tak cukup 3 entry kot aku rasa. 

Comel kan dia ni! Aku dah cakap kau tak caye! hehehe.

JUN-OKT 2012 Dalam Ingatan (Part1)

2 luahan perasaan tentang entry saya
Assalamualaikum kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya... *bersopan santun ala-ala gadis melayu*. Oke firstly aku nak cakap Selamat Tahun baru kat kau, hope tahun ni akan jadi tahun terbaik kau. Secondly, aku nak kau terus baca tak payah banyak cekadak kau nak suruh aku beghucap pepanjang lebar. Kau ingat aku ni yang suka bercakap kat depan dengan dimulai "Berdirinya saya disini...bla...bla...". Aku bukan jenis yang itu. So, tak payah kau nak harap aku beghucap panjang lebar oke???

Detik ini dengan entry yang kau baca tadi "JUN-OKT 2012 dalam ingatan" omaigod!!! What happennnnnn!!! Oke tak kelakar! Actually ni time guwa disumbatkan kat dalam UiTM Segamat yang awesome tu! Memula aku masuk aku rasa macam.... Urghhhhhhh!!! Aku lari keluar pintu pagar lepas tu, ade ke patot pakguard tu kejar aku sampai ke One Segamat. Kami berlari dan terus berlari *ala-ala lagu masihkah kau ingat kita basah bersama... Oke aku tak ingat tajuk dia*. Lepas je pakguard tu dapat tangkap aku dia tendang aku masuk syurga yang dipanggil UiTM Segamat, dia humban aku dalam tu lepas tu dia kunci pintu bagi aku tak jadi pelarian lagi *Kau tengok aku merapu je dah satu perenggan lepas ni kau pakat reramai humban aku dalam rumah candy*.

@Roomate Bilik 129
Comel je kami semua. Aku start ceghita dari kanan yang berbaju kuning.

#Azwa Zainal
Akak ni sangat awesome. Time memula aku jumpa dia perghhh! Guwa cakap sama lu, guwa rasa macam "Alamakkk, dia ni macam hotsetap laaaa, cun. Boleh masuk ke dengan aku ni". Mana taknya, memasuk depan pintu je ade orang tanya "Roomate kak wawa ehh". Yelaa macam satu kolej je kenal akak ni. Segham jugak la time tu. Tapi tak kenal maka tak cintakan??? hahaha. Bukan aku cakap aku cinta dia cuma aku nak sampaikan sebenarnya kalau kau nak tau tentang someone tu kau jgn la judge dia tanpa kau kenal dia. Lepas kenal dia, dia seorang yang baik laa jugak *mata keatas tangan kebahu*. Dia memang awesome. Dia pandai, dapat mark 85 kalau tak silap aku dia boleh cakap "tu yang paling bodoh lah tu". Aku rasa macam nak ambik je otak dia.

#Shada Mohidi
Oke, now akak ni. Time memula aku nampak dia pun aku rasa macam akak yang kat atas ni tadi. dan buat aku berdoa "Hope diorang oke" Dan taraaaaaaaa!!! Memang cool, awesome. Kami karoke bersama tak kira di K-Box atau dalam bilik. Pernah adakan konsert dalam bilik bertiga dengan kak wawa disaat roomate aku lagi sorang melelapkan matanya. Apepon aku rindu akak ni sangat-sangat.

#Afzan Najieha
Ni roomate aku juga kawan aku time Minggu Distinasi Siswa. Dia sorang yang take care pasal kenkawan dia. Something aku nak cakap kat dia "thanks be my friend" juga. 


Bende ni roomate aku Afzan Najieha yang bagi. Suwit gila sawitkan??? Aku bagi dia senyum je :)


@Nur Shazwana Zainal (Akak CC) 
Akak CC yang pakai baju merah tu. Comel jeee.

Akak ni cute gila, cun gila, gila gila hahaha joke je kak. Kau tau ape??? Aku  rasa macam nak tarik-tarik je pipi dia! Sangat comel, baik, and sangat peramah. Aku memang pengguna setia CC terutama waktu malam macam mak bapak aku tak bagi bawak lappy je padahal aku masuk UiTM memang dah dihumban bersama-sama dengan lappy kesayangan lagi dicintai bersama dengan brodband yang dikasihi. If takde brodband sekali pon guwa boleh guna wi5 what. Tapi aku memang "hantu CC" nak buad cemanakan. Aku lebih selasa kat CC. If aku masuk je akak ni memang dah tau lah kat mana tempat peberet aku. Aku akan duduk kat meja nun hujung dunia sana. BTW rindu gila ah kat akak ni. 

@Kawan-kawan Kelas PD002 1F
This bebudak kelas aku. Ada manusia yang takde sebab dia takde time kita orang bergambar. Geram je mana yang takde, aku sumpah kau orang jadi tasik kang. Baru hampa tau.

Mereka semua budak kelas guwa. Tengok-tengok!!! Comelkan comelkan mereka??? Baik kau cakap comel jangan melawan cakap aku. Derhaka kau tau tak! Kenal diorang semua is the best thing in 2012. Hope kami dapat luangkan masa bersama macam gambar kat atas ni. Aku nak ceghita pasal sensorang budak kelas aku. Kang kau tak terbaca. Cukup takat ni, kita pegi yang seterusnya.

Note:: Tak habis lagi guwa nak cerita. Panjang lagi tunggu akan datang *ala-ala drama petang*. Kau khatamkan yang ni dulu.
 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea