Padah Tak Dengar Cakap

Assalamualaikum. Today aku nak paksa kau baca jadah entry blog aku! Sapa tah yang nak baca. Macam ade orang nak baca je kan. Hurmmmmm, sedih! Banyak pengajaran. Errrrr, mungkin hahaha. Oke, bila cakap pasal "Padah Tak Dengar Cakap" ni dah konfem lah cakap mak bapak kan??? Tak kan pakwe/makwe pulak. Lagi pon memang lah aku ni tak ade ape tu yang kau panggil tu pakwe haaa! Dah terang lagi bersuluh lah yang aku ni takde. Single oke single *promete diri kejap, oppssss aku limited oke*. If cakap mak bapak kau pon kau tak nak dengar so automatik tak payah ade pakwe/makwe, kalau ade kau campak je kat kawah buad dodol! Sebab kang tak memasal kau jadi batu sebab kene sumpah, jadi iPhone ke, Tab ke, Lappy ke, Motor LC ke, Kereta ke tak pe jugak. Ni jadi batu tak de guna tau tak de guna! Kalau campak kat laut pon belom tentu penunggu laut tu nak terima kau. So, sesia lah kau hidup kalau tak nak dengar cakap mak bapak kau! Baik kau godai je lah! Tapi mati sebab bunuh diri lagi lah tak aman. Errr, kau teruskan je lah hidup macam biasa! Lantak kau lah nak dengar tak! Kalau orang dah nak nasihat sampai teberak berak pon kau tak nak dengar sebab hati kau tu keras bak batu ape pon aku tak tau dia punya bapak keras sampai tak boleh nak terima nasihat orang! Eeeee, geram akuuuu! hahaha. Campak kau kat mulut gunung berapi nak??? *acah acah gangsterkan, takut tak???*. Alaaa, lagi pon kalau kau tak dengar cakap mak bapak kau derhaka tau tak derhaka haaa! Dosa tau dosa! Pastu nanti kat akhirat kene humban dalam neraka. Nak kene humban dalam neraka haaa nak???? Kat neraka tu panasss! *ecewahh, macamlah yang baca ni budak sekolah tadika or orang tak takde otak yang tak boleh nak pikir dengan sempurna*.

Tengok! Dia dengar je cakap mak dia. Sejuk perut aku kalau dia anak aku *amboi tinggi melangit cecita aku nih*

Sebab dah terjadi kat guwa! Banyak kali dah sebenarnya tapi baru kejadian kali ni aku terbukak pintu pagar hati nurani aku ni nak share dengan kau pulak kan. Nak harapkan aku jumpa kau sensorang pastu nak  ceghita pengalaman aku ni memang malas dia dah tahap profesor madya dah! Maka dengan itu, di zaman milinium yang pesat lagi membangun ini *pergh! cikgu BM mesti bangga dengan aku ni* aku pon ambik jalan mudah share kat blog je. Sharing is caring hahaha *rasanya tak perlu kot aku berpendahuluan ni sampai dua perenggan, mampuih kang kene hambat dengan cikgu cikgu BM aku*.

Actually petang tadi time masa *dah bahasa english, lagi mau bahasa melayu lagi. bahasa jiwa bangsa* aku tengah tido. I get a new message from my lovely dear friend Atikah Syahira *kawan yg baik siap nyatakan nama lagi*. Kau tau message apa??? Message kosong key kosong! Bingitlah jugak aku tengah tidur dibuai dihayun mimpi tetiba msj kosong yang masuk. Lastly aku baru teringat yang aku dah cakap kat dia nak mai rumah dia pukol5. Tapi pukol 4.40 aku masih tido, oke salah aku key salah aku hahaha sorry bebeh! Nasib baik dia kejut kalau tak. Tak ke esok baru aku bangun! *rasanya aku tak perlu ceghita part yang ni pon tak pe kot*.

Dengar cakap mak bapak key!


Before aku nak keluar tu cik puan ibu dengan encik ayah dah cakap "bawak helmet tu". Tapi dek kerana kemalasan aku nak turon motor tu malas tahan dewa dewi! Maka aku jerit je sambil jalan "orang lalu jalan dalam lah. Kbai" *kalau ada kucing lalu konfem dia dah langgar aku bagi terbarai otak punya akibat tak dengar cakap*.

Aku pon teruskan perjalanan aku terus ke rumah sahabatku *ecewahh ayat mintak pelempang lelaju* tapi time masa nak melintas jalan ghaya tu! Kereta, moto, lori semua ada lalu! Omaigod! Jammed!!! What the hell! Nasib baik aku sabar menunggu kalau tak konfem dah lama kene henyak kereta dan lori bagai! Dah la aku tak bawak kepala (helmet) aku. Makan masa dalam berminit minit jugak lah *macam bertahun nau*. Tapi disebabkan aku ni tak berapa nak ketinggian so, erkhhhhh! Benci key benci berenti lelama!

Lepas tu, nak masuk area area rumah dia sambil sambillah aku nyanyi lagu apa tah yang lirik dia "hey baby give me one more night... bla.. bla.. bla..." boleh hujan pulak! Oke, aku dah mula menyesal sebab tak dengar cakap! Cuba kalau aku bawak kepala aku tadi takdelah muka aku yang comel *perasan* ni basah dek hujan. Dah make-up aku tu habis kene air hujan *macam make-up bagai je tadi*. Tapi sokeylah sebab aku selamat sampai rumah dia! hehehe. Lepas aku berehkan segala hal dengan cik sahabat, guwa pon ambik keputusan nak balik! Then, guwa baliklah *aku rasa yang ni tak perlu bagitau yang aku baliklah*.

Dalam perjalanan balik tu hujan lagi key hujan lagi! Mungkin jugak sebab tadi aku nyanyi tu dalam lirik tu "give me one more" sebab tu hujan lagi. Okelah tak kisah sangat. Tapi yang aku kesahnya kat situ hujan tapi jalan nak masuk rumah aku tu tak hujan! Sekali lagi what the hell! Segan tak segan lah kan orang tengok. Mampuh mu ah! Janji guwa sampai ghumahku syurgaku! Tapi kejap hujan kejap tak! takpelah janji sampai.

Barulah boleh jadi keluarga bahagia kalau saling menghormati, dengar kata.


Akhirnya aku selamat sampai rumah. Aku balik terus aku peluk cium kaki cik puan ibu dengan encik ayah *nampak sangat aku gebang*. Aku balik je masuk rumah terus tuka baju bagai pastu aku hadap sensorang laksa johor! Rupanya ada hikmah disebalik kejadia kejadian sadis yang menimpa aku harini *hikmah lah sangat. laksa je kot*. Kesimpulannya *mampuh aku kene sodok dengan tayar motor dengan cikgu BM sebab dah ade 'akhirnya' nak ade 'kesimpulannya' lagi* better kau dengar je mak bapak kau. Dia tau apa yang terbaik untuk kau! Ni baru sikit je aku cegita yang aku kene belom lagi yang..... oke bye *melarikan diri dari cerita*.

0 luahan perasaan tentang entry saya:

 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea