ENTRY LAYANG BUAT KEKASIH MASA DEPAN

Assalamualaikum. Memandangkan harini mood aku stabil, baik dan ditambah pulak dengan kerajinan yang sangat mendalam lagi meninggi ni aku ingat apa salahnyakan aku buad entry layang untuk kekasih masa depan. Cewahhh, padahal! Calon pon takde hahaha #TeamSingle lah katakan. Tapi bak kata mat saleh "Single is not a status. It's a word that describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others." So, erti kata lain guwa nak cakap yang guwa ni kuat, tabah, enjoy guwa punya life even tak de couple. Hahaha. Of course i am! Tapi memandangkan cik puan ibu telah memberi lampu hijau untuk mencari someone dan walaupun hati aku keras berkata tak nak lagi sebab guwa tak nak hati guwa jadi hancur lebur terbarai! So, guwa putuskan nak terus men+single. Happy what status single ni! Banyak kebaikan dari keburukan. Aku tengok couple ni tak de lah happy nau! Tapi aku hope kau kau kau! Bahagialah dengan pilihan kau! Oke??? Senyum sikit :) Atototo comel crazy nak die lah kau senyum cenggitu! Sini aku tampor sikit! About entry harini actually memula aku nak buad "Surat Layang Buat Kekasih Masa Depan" tapi sebab sekarang dah tak pakai jadah surat tu lagikan??? So, aku tukar jadik "Entry Layang Buat Kekasih Masa Depan" omaigod! Modennyaaaa! Entry ni hanya sekadar renungan sahaja!

Dear My Future Lover
Handsome tak future lover aku. Future lover lah sangat!

Saya harap awak ade beberapa perkara ni. Even akan ada orang yang cakap "jangan letak krekter pada dia, nanti dia pulak letak kerekter kat kita". Ahhh! Dulik hape aku! Nak jugak nak jugak!

#1.Matang
Of courselah aku nak yang matang dari segi usia (sebaya dan sehingga 5tahun keatas). Pada aku umur yang matang akan ada sikap, pemikiran dan segalanya matang. Seiring dengan usia. Mereka akan lebih komitmen dalam menjalinkan hubungan berbanding dengan usia yang pada aku tak matang. Mereka akan lebih nak enjoy dalam hubungan. Errr, macam yang orang wanita yang bijak selalu cakap *wanita bijak mana yang cakap tatau* "I want a man not a boy. Cause my heart not a toy". Sebab yang matang ni jugak lah boleh bimbing aku dari segi tingkah laku dan akhlak aku *perghh, lepas ni boleh jadi calon cg agama*. Aku harap kau mampu bawak aku kejalan yang sepatutnya, kau mampu untuk mengubah apa yang salah dengan cara yang betollah! Sebab guwa memang tak suka orang kasar dengan guwa lelagi dari segi percakapan! Sekali kau kasar dengan aku even alasan kau bla bla bla... Godai lah kau! Guwa tak hadap pon setakat muka boleh jumpa tepi jalan! Oke??? Take a note babe! Tapi kalau memang jodoh, hope kau matang dari segi sikap, pemikiran dan segala tingkah laku.

#2.Penampilan
Aku suka orang yang sentiasa berpenampilan kemas. Tak kesah lah siapa pon kau, yang penting kemas dalam berpakaian, dan ada sahsiah rupa diri *ecewahh, gitu dah macam kat uitm kalau tak ikut sahsiah rupa diri kene saman* mean dari hujung rambut sampai nun hujung kuku kaki jari kelingking kau tu kene sentiasa jaga! If bende simple cam ni pon tak boleh buad kau lupakanlah hasrat nak usya aku! Rupa paras??? Hurmmm, itu jugak penting. Aku tak kesah kau hodoh kat mata orang lain asalkan kat mata aku kau handsome! Hehehe. Macam mana nak tau kau hensem kat mata aku??? Manalah aku tau! Tanyalah mata aku!

#3.Kepercayaan
Kepercayaan yang ada antara each other tu penting sangat. Ni kalau guwa ade kawan lelaki then terus tukar kerjaya yang kau ada jadi pengintip or jadi polis yang macam dah soal siasat penjenayah! Erkhhh, rimas key rimas! Tolong percaya if aku kata aku hanya berkawan. Sebab aku tak sukakan lelaki yang terlebih cemburu dan mengongkong! Oke maybe akan ada yang cakap "Aik, takkan couple sendiri tak boleh nak kongkong, tak boleh nak jealous". Weyh! Kalau dah batak sangat kongkong awek! Baik kau gari je dia, pastu kau humban je dia dalam kandang ke sangkar ke reban pon boleh diguna pakailah. Yang kau boleh tengok setiap 24JAM!!! Kesimpulannya percaya tu penting. So, tak payahlah nak get jealous lelebih sangat kan. Aku hempok kau pakai batang kayu mop yang ada kat rumah Adam Lambert baru tau!

#4.Setia
Lepas dah ada percaya each other kenelah setia. Jangan kau dah dapat aku punya percaya pastu kau campak aku punya percaya tu tah kemana then kau pegi berjimba pulak dengan pempuan lain! Memang naya kau aku kejekan nanti! Yep, maybe tangan aku tak mampu nak sakiti kau tapi ingat tangan wanita mampu mengoncang duniawi *ecceeewahhh, ayat novel dah keluar*. Betol ke naya??? Tak caya kau boleh tanya sama orang yang dah kene dengan aku! Mesti diorang akan cakap "Aku rela terjun bangunan tingkat 18 belas dari naya kat tangan dia. Seksa wooo!". Kejamkan aku?? Kejamkan aku???. Ahhh! Kau lagi kejam! If kau rasa tak mampu setia kita kawan je dan tak akan pegi jauh selain dari kawan.

#5.Pelindung & Pencinta
Aku nak someone yang mampu lindungi aku dan cintai aku every time. Malah aku harap kau mampu untuk jadi Sinichi Kudo yang sentiasa ada disamping Ran Mouri walaupun tanpa disedari *pengaruh kartun banyak*. Sinichi Kudo sentiasa melindugi dan mencintai Ran Mouri walaupun sebagai Conan Edogawa. Mampu tak jadi macam tu??? Act aku tak paksa kau jadi macam tu, cukup kau jadi diri kau tapi tetap ada disamping aku selalu terutama bila aku perlukan orang yang aku sayang. Aku jugak harap kau mampu cintai aku apa adanya *omaigod! gila jiwang nak meninggal*. Senang ceghita cam ni lah "Kau sayang, aku pon sayang. Kau cinta, aku pon cinta. Kau rindu, aku pon rindu. Tapi sekali kau curang, seribu kali aku bagi balik curang tu kat kau" fairkan??? Easykan honey nak paham! So, pilihan ada kat tangan anda. Cewahhh gitu pulak. hahaha.


Meltingkan??? Melting ohhh!

Nampaknya, tu je ciri-ciri asas yang aku perlukan untuk kekasih masa depan aku yang menerima entry layang ni. Tak kesah lah kau jumpa kat mana, tah kat tepi jamban time kau melepaskan hajat ke. Ye la, namanya je layang. Ikut suka dialah mana dia nak melayangkan. Akhir sekali, salam sayang dari aku! Kalau kau orangnya! Jaga aku dengan baik key! Jangan sekali kau sakiti hati aku, sebab bila sekali aku cakap "NO" maknanya selamanya akan jadi "NO".

Yang ikhlas lagi tulus mencintai dari
Kekasih masa depan.

0 luahan perasaan tentang entry saya:

 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea