JUN-OKT 2012 Dalam Ingatan (Part1)

Assalamualaikum kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya... *bersopan santun ala-ala gadis melayu*. Oke firstly aku nak cakap Selamat Tahun baru kat kau, hope tahun ni akan jadi tahun terbaik kau. Secondly, aku nak kau terus baca tak payah banyak cekadak kau nak suruh aku beghucap pepanjang lebar. Kau ingat aku ni yang suka bercakap kat depan dengan dimulai "Berdirinya saya disini...bla...bla...". Aku bukan jenis yang itu. So, tak payah kau nak harap aku beghucap panjang lebar oke???

Detik ini dengan entry yang kau baca tadi "JUN-OKT 2012 dalam ingatan" omaigod!!! What happennnnnn!!! Oke tak kelakar! Actually ni time guwa disumbatkan kat dalam UiTM Segamat yang awesome tu! Memula aku masuk aku rasa macam.... Urghhhhhhh!!! Aku lari keluar pintu pagar lepas tu, ade ke patot pakguard tu kejar aku sampai ke One Segamat. Kami berlari dan terus berlari *ala-ala lagu masihkah kau ingat kita basah bersama... Oke aku tak ingat tajuk dia*. Lepas je pakguard tu dapat tangkap aku dia tendang aku masuk syurga yang dipanggil UiTM Segamat, dia humban aku dalam tu lepas tu dia kunci pintu bagi aku tak jadi pelarian lagi *Kau tengok aku merapu je dah satu perenggan lepas ni kau pakat reramai humban aku dalam rumah candy*.

@Roomate Bilik 129
Comel je kami semua. Aku start ceghita dari kanan yang berbaju kuning.

#Azwa Zainal
Akak ni sangat awesome. Time memula aku jumpa dia perghhh! Guwa cakap sama lu, guwa rasa macam "Alamakkk, dia ni macam hotsetap laaaa, cun. Boleh masuk ke dengan aku ni". Mana taknya, memasuk depan pintu je ade orang tanya "Roomate kak wawa ehh". Yelaa macam satu kolej je kenal akak ni. Segham jugak la time tu. Tapi tak kenal maka tak cintakan??? hahaha. Bukan aku cakap aku cinta dia cuma aku nak sampaikan sebenarnya kalau kau nak tau tentang someone tu kau jgn la judge dia tanpa kau kenal dia. Lepas kenal dia, dia seorang yang baik laa jugak *mata keatas tangan kebahu*. Dia memang awesome. Dia pandai, dapat mark 85 kalau tak silap aku dia boleh cakap "tu yang paling bodoh lah tu". Aku rasa macam nak ambik je otak dia.

#Shada Mohidi
Oke, now akak ni. Time memula aku nampak dia pun aku rasa macam akak yang kat atas ni tadi. dan buat aku berdoa "Hope diorang oke" Dan taraaaaaaaa!!! Memang cool, awesome. Kami karoke bersama tak kira di K-Box atau dalam bilik. Pernah adakan konsert dalam bilik bertiga dengan kak wawa disaat roomate aku lagi sorang melelapkan matanya. Apepon aku rindu akak ni sangat-sangat.

#Afzan Najieha
Ni roomate aku juga kawan aku time Minggu Distinasi Siswa. Dia sorang yang take care pasal kenkawan dia. Something aku nak cakap kat dia "thanks be my friend" juga. 


Bende ni roomate aku Afzan Najieha yang bagi. Suwit gila sawitkan??? Aku bagi dia senyum je :)


@Nur Shazwana Zainal (Akak CC) 
Akak CC yang pakai baju merah tu. Comel jeee.

Akak ni cute gila, cun gila, gila gila hahaha joke je kak. Kau tau ape??? Aku  rasa macam nak tarik-tarik je pipi dia! Sangat comel, baik, and sangat peramah. Aku memang pengguna setia CC terutama waktu malam macam mak bapak aku tak bagi bawak lappy je padahal aku masuk UiTM memang dah dihumban bersama-sama dengan lappy kesayangan lagi dicintai bersama dengan brodband yang dikasihi. If takde brodband sekali pon guwa boleh guna wi5 what. Tapi aku memang "hantu CC" nak buad cemanakan. Aku lebih selasa kat CC. If aku masuk je akak ni memang dah tau lah kat mana tempat peberet aku. Aku akan duduk kat meja nun hujung dunia sana. BTW rindu gila ah kat akak ni. 

@Kawan-kawan Kelas PD002 1F
This bebudak kelas aku. Ada manusia yang takde sebab dia takde time kita orang bergambar. Geram je mana yang takde, aku sumpah kau orang jadi tasik kang. Baru hampa tau.

Mereka semua budak kelas guwa. Tengok-tengok!!! Comelkan comelkan mereka??? Baik kau cakap comel jangan melawan cakap aku. Derhaka kau tau tak! Kenal diorang semua is the best thing in 2012. Hope kami dapat luangkan masa bersama macam gambar kat atas ni. Aku nak ceghita pasal sensorang budak kelas aku. Kang kau tak terbaca. Cukup takat ni, kita pegi yang seterusnya.

Note:: Tak habis lagi guwa nak cerita. Panjang lagi tunggu akan datang *ala-ala drama petang*. Kau khatamkan yang ni dulu.

2 luahan perasaan tentang entry saya:

thePjungle secretadmire said...

ape sikit sgt cooment pasal aq nie dieba.. unfair la ko niehh... hahaha but still awesome laa... kih3.. asal ko tak citer time2 ko kena bebel ngan kiteorg uee.. baru besttt... always in memorieszz... ^_^

Puteri Dieba said...

hahaha. nanti aku editkan balik oke. macam yang aku cakap tadi dah habis spin dah otak aku ni. tak boleh nak perah lagi sebab dah kering dah boleh lipat pon kalau baju :D

 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea