PIANO, DIA DAN CINTA

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Berbekalkan entry aku today yang kau dok hadap tu tadi "Piano, Dia Dan Cinta". Mesti kau rasa macam alamaaaakkkkk! Dieba nak jejiwang pulak harini! hahaha. Sekali-sekalakan apa salahnya. Aku nak story sikit about love story aku *sambil layan lagu TS-love story*. To gegadis yang baca entry aku yang ni mesti kau pon idamkan lelaki yang kau sayang mainkan kau piano or something else yang kau suka such as violin ke, guitar ke errr, drum maybe. hahaha. Tak kesah laa ape pon mesti cairkannn, hancur lebur weyh! Aku tak tipu! Tak caya, bagi gegadis yang ada couple yang baca entry ni cuba kau paksa boyfie kau buad. Kalau dia tak nak kau ikat dia kat pokok ghambutan bagi semut makan. Tapi kalau memang tahap kemalasan dia dah melanda bagai ribut taufan pakej tsunami tu kau tawakal je lah.

Perempuan mana tak cair right bila orang yang dia sayang buad something yang dia minat selama ni. Orang dalam gambar tiada kaitan.


Act, aku memang ada pengalaman dengan incek piano. Seriously memang sweet gilaaa buaya!!! hahaha. Every night if aku rindu dia aku akan dengar dia main piano yang dia rakam untuk aku or maybe untuk semua teman wanitanyaa *ayat sadis* Aku kenal dia time aku form4 tak silap aku dalam bulan 12 cam tu then couple. Kenal kat FB sepatah kata membe aku tersayang "Kekasih Facebook" kau derhaka dear cakap aku camtu, lepas ni mohon masuk dalam batu belah batu betangkup telungkup hahaha. Masa sebelum couple perghhh! guwa cakap lu ayat manis gila sapa yang ada kencing manis dah kene potong dedua kaki dah. Lepas tu kitorang couple sampai form5 mula keluar alasan phone hilang, kene rampas, FB kene hack dan segala bendelah. Aku percayalah, yelaaaa sebab sayanglah kononnyaa. Sepatah kata cik cousin "nak kekal dalam satu hubungan ni kunci dia PERCAYA". So, konon nak kekal memati aku percaya.

Sampai aku jumpa gamba sapa tah kat FB kene hack dia. Actually sampai sekarang aku tak boleh nak percaya FB tu kene hack even bende tu betol sekali pon sebab makwe dia ade bagitau aku. Tapi time tu aku dah clash dah. Sakit weyh, aku rasa dah banyak kali aku bagi dia peluang if nak cakap pasal peluang. So, aku decide nak clash time bila tah aku pon lupa sebab sejak dia masuk giat bukan setakat jarang-jarang dia contact aku jarak dia. Tapi jarak dia dah macam rumah Adi 6ixth Senth dengan rumah Gerrard Way dah. So, aku decide nak lepaskan dia untuk selamanya bersama "dia" yang bertanggungjawab. Mean lepas ni kita kawan je lah. Tapi tak sangka dia buad bende yang sama kot aku taktau lah. Seriously aku pernah nangis sebab dia time aku kelas dalam dewan masa tu dan aku jugak nangis sebab..... -_-'

Aku suka orang pandai main piano is awesome!!! Kau nak usya aku, kene belaja main piano dulu *ayat diman*.


Bila aku try couple lagi dengan someone who i called him "Mr.Dream". Oke, ni kelakar sebab segala memang punca dari aku. Hari raya pertama dia call aku, aku boleh tanya pasal lelaki lain. Memang cara aku tu mintak kene terajang lelaju dengan yang empunya diri. Tapi lepas kau bicara tentang aku yang tak reti nak..... (dirahsiakan) kau bagai nak kene tendang dengan aku sampai rumah Gerrard Way! hahaha. Yeahhh, aku tak pernah jumpa dia secara langsung tapi pernah terserempak time memakan dengan membe kat kedai. Perasan tak perasan tak aku yang cecomel tu minum air fresh orange gitu hahaha.

One word aku nak cakap kat kau "SORRY"

Lastly aku decide tak nak couple sampailah bila umur aku cukup 20 dan lepas tu serious untuk ke next level *pengaruh game kuat*. Aku ada sebab kenapa??? Tak payah lah kau pepaksa aku nak bagitau kau sampai perlu kau ikat aku kat pokok bagi kerengga makan. Berani kau buad! Meh sini aku campak kau bagi buaya makan!

Note:: Aku harap sesiapa yang berkenaan dengan story aku, tau aku cakap tentang dirinya. Sebab aku tak naklah use nama kau orang malas bila nanti cerita tambah panjang. If kau tak perasan pon tak pe. Ade guwa kesah! hahaha.

0 luahan perasaan tentang entry saya:

 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea