RAHSIA TARIKH LAHIR AKU

Actually malam tadi aku tak boleh tidur sampai pukol berapa tah aku pon tak pastilah kan. Sebab aku tidur, online mana pakai jam. So, jam aku tu cuma ade kegunaannya bila aku nak keluar pegi memana jer. Punyalah tade kerja aku semalam, aku online FB aku dan aku punya kerkasih hati pengarang jantung gunung meletup aku si twitter tu. Guwa mana ade pakwe, so couple dgn twitter la. Awesome whoaa guwa ckp lu!

 Oke ckp pasal entry aku ni "RAHSIA TARIKH LAHIR" sebenarnya ni lah yg aku buat semalam time family kesayangan aku semua sudah diulit mimpi-mimpi indah *ayat acah-II novel gitu*. Lepas aku bukak facebook, stalker twitter orang dan tade pape yg menarik, aku pon seach rahsia tarikh lahir! THEN! dia suruh aku isi nama, tarikh lahir, and email address. Lepas tu guwa pon bukak la email guwa then! TARAAAAA!!! 

Nur Adibah,



Sebagai rekod, maklumat anda telah dimasukkan ke laman web kami (Rahsia-Tarikh-Lahir.Com) bagi tujuan analisis peribadi oleh individu (mungkin anda sendiri) melalui IP: 183.171.160.227 pada 01:29, 19 Dec, 2012.

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
################################

NAMA                    : Nur Adibah

TARIKH LAHIR    : 5 - 3 - 1994

JANTINA                 : Perempuan

KETINGGIAN              : 107 cm

BERAT BADAN     : 29 Kg


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI    : 4

ELEMEN          : Kayu

CIRI UTAMA      : Rancang

SINOPSIS                : Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit.

TAFSIRAN UMUM  : Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus. <br>

WARNA SESUAI    : Hijau.

STATUS BMI      : 25 => Overweight (berat berlebihan). Senaman secara berjalan-laju selama 30 minit, 3 hari seminggu di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kepada berat yang ideal.

PENYAKIT UMUM   : Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Perancang yang sibuk, sentiasa berada dalam tertekan. Perancang yang percaya dalam prinsipnya, membawa kejayaan, didorong oleh gerak hati (intuisi). Seseorang yang strategik yang sentiasa merancang untuk kejayaan. Perancang yang cepat dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat, ringan tulang.

Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat.  Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Bakat sebagai penceramah, suka berkongsi ilmu. Sesuai menjadi penceramah, guru dan pensyarah. Suka berniaga dan mudah untung. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.

(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com


Tekejut tak tekejut tak! baik kau tekejut sebelum aku tendang kau sampai KEYEL!!! Act yg tekejut aku bila dia say "kerjaya terbaik antaranya pengkebumian, perlombongan kontraktor" hampir terkene serangan ketawa guling-II aku malam tu sebab aku rasa mcm WTF wanita cute lagi comel mcm aku ni nak keje seperti yg diperkatakan. Tetapi itu hanyalah sekadar renungan saje. Lepas baca email aku tu, aku pon terus dibuai mimpi dah mcm puteri tidur yg kene sumpahan tu.

0 luahan perasaan tentang entry saya:

 

♔ Puteri Dieba ❤ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea